Pengasuhan Positif

Menangani Obesiti Kanak-kanak – Tegas Memeranginya

Seriuskah masalah obesiti kanak-kanak? Di peringkat global, lebih daripada 42 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah berlebihan berat badan/obes. Di Malaysia, 1 dalam 4 kanak-kanak/remaja mengalami berlebihan berat badan dan Malaysia berada di tangga teratas dalam senarai negara-negara (di rantau ini) bagi obesiti kanak-kanak dengan 30% kanak-kanak direkod sebagai obes.

Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat “ketidakseimbangan kalori”, yang berlaku apabila anda mengambil lebih banyak kalori daripada yang anda gunakan. Memburukkan lagi keadaan ialah pengambilan makanan yang padat dengan kalori sambil mengamalkan gaya hidup sedentari, kedua-duanya merupakan punca utama masalah obesiti.

mitos-fakta

mitos-dan-fakta

Pencegahan obesiti kanak-kanak bermula di rumah

Kajian menunjukkan bawa jika kedua-dua ibu bapa obes, 60% daripada anak mereka kemungkinan akan menjadi obes juga. Ini tidak mengejutkan kerana ibu bapa adalah model peranan mereka!

Sebagai ibu bapa, anda harus mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang obesiti kanak-kanak untuk mencegahnya. Gaya hidup aktif dan tabiat makan yang betul harus menjadi sebahagian daripada rutin harian di rumah anda.

Empat langkah ke arah mencapai berat badan sihat

  1. Memperkasa diri anda dengan pengetahuan terkini mengenai obesiti kanak-kanak.
  2. Tabiat makan secara sihat bermula di rumah. Pastikan makanan kurang berkhasiat atau minuman yang bergula tidak disimpan di dalam peti sejuk.
  3. Utamakan gaya hidup aktif, keluar berjalan sebagai satu keluarga (luangkan masa berkualiti bersama anak-anak anda) dan bersenam bersama.
  4. Hadkan masa bermain permainan komputer dan menonton televisyen.

panduan-lampu-isyarat-bagi-pilihan-makanan-sihat

Catatan: Makanan yang tersenarai dalam tiga kategori di atas merupakan contoh-contoh dan bukan senarai yang lengkap. Dapatkan maklumat lanjut daripada pakar pemakanan anda sebelum memulakan diet untuk mengurangkan berat badan.

Pendidikan bermula di sekolah. Tindakan proaktif bermula dengan pengamal kesihatan. Ibu bapa harus menjadi model peranan bagi gaya hidup sihat. Mari kita semua menyambut seruan untuk menangani masalah obesiti kanak-kanak bersama!

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen