Pengasuhan Positif

Croquette Tuna dan Jagung

Bahan-bahan:

(7 keping)

  • 180 g (1 tin) tuna dalam air, ditapis airnya dan dilecek
  • 180 g (2 biji besar) ubi kentang, direbus dan dibuang kulit
  • 100 g (1 cawan) serbuk roti mil penuh
  • 60 g (1/4 cawan) kernel jagung/ butir jagung segar
  • 2 biji telur
  • 3 g (1 sudu teh) biji ketumbar, ditumbuk halus
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Hiasan: Hirisan lemon dan timun atau daun salad segar ( ikut pilihan

Cara Memasak:

  1. Lecekkan ubi kentang yang telah direbus di dalam mangkuk. Campurkan tuna, butir jagung, dan ketumbar.
  2. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Bentukkan menjadi 7 keping croquette.
  3. Pukul telur dalam mangkuk besar. Celupkan kepingan croquette ke dalam campuran telur dengan segera dan salutinya dengan serbuk roti.
  4. Goreng dengan minyak panas sehingga kepingan croquette menjadi keperangan. Tapis lebihan minyak dan letakkan croquette di atas kertas penyerap.
  5. Hidang segera dengan hirisan timun atau daun salad bersama lemon dan sos cili.

Tip Pemakanan

Tuna dijual dalam pelbagai jenis di pasaran. Disarankan untuk memilih tuna dalam air tanpa garam berbanding dengan yang direndam di dalam minyak.

Anda juga boleh membakar croquette di dalam ketuhar pada 180˚C selama 15 minit.


Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 106 kcal
Karbohidrat 15.4 g
Protein 8.9 g
Lemak 1.0 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen