Pengasuhan Positif

Tip-tip Memasak Untuk Ibu Bekerja

Ibu moden yang bekerja juga sibuk dengan tugas dan tanggungjawab keluarga serta rumah tangga. Maka, tidak hairanlah apabila ramai yang tidak ada masa untuk menyediakan hidangan di rumah. Bagaimanakah ini dapat diatasi

Pertama sekali: Jangan panik! Ya, memang tidak mustahil untuk menyediakan hidangan yang dimasak di rumah walaupun pada hari-hari bekerja yang sibuk tanpa mengorbankan kualiti atau rasa masakan anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda lakukan untuk mencapainya:

1) Rancang lebih awal: Sediakan menu mingguan lebih awal dan pastikan anda membeli semua ramuan yang diperlukan terlebih dahulu. Anda boleh menjadikan pengalaman membeli-belah bahan makanan untuk dimasakkan kepada sesuatu yang menyeronokan. Pergi membeli-belah bersama anak-anak dan libatkan mereka dalam proses membeli barangan runcit atau mentah untuk dimasak.

2) Sediakan awal: Setelah membeli barang-barang runcit, anda harus luangkan sedikit masa melakukan kerja-kerja persiapan, seperti membersihkan ikan, mengupas bawang putih/bawang merah, mengagihkan ramuan untuk hari keesokkannya, dll. Lebih mudah untuk mengatur barang-barang sekiranya anda telah merancang menu anda. Anda boleh menyimpan ramuan bagi menu setiap hari di dalam beg plastik berzip atau bekas. Melabelkannya mengikut tarikh dan menu juga boleh membantu. Dengan cara ini, anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa menyediakan ramuan pada hari bekerja dan anda boleh terus memasak.

3) Berkongsi beban kerja: Libatkan kesemua ahli keluarga. Contohnya, anda boleh menyuruh si kecil anda menyiapkan meja makan, anak-anak yang lebih besar boleh diminta untuk membantu menyediakan hidangan mudah, dan pasangan anda boleh menguruskan tugasan lain seperti membasuh pinggan mangkuk. Mengagihkan beban tugas akan membantu menjimatkan masa dan tenaga anda, dan paling baik ia memberi faedah tambahan dengan membolehkan keluarga meluangkan masa bersama.

Empat Tip Mudah

Tiga langkah yang telah digariskan memerlukan sedikit disiplin diri. Namun, terdapat perkara-perkara lain yang anda perlu lakukan untuk membantu anda menyediakan hidangan makan malam untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang boleh membantu menyelamatkan hari anda!

1) Hidangan dalam satu periuk: Terdapat bermacam-macam resepi hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk dan mudah disediakan yang anda boleh dapati melalui internet. Hanya tekan Google untuk mendapatkan hidangan keluarga masakan di rumah yang lengkap, berkhasiat, dan enak yang anda boleh masak dalam satu periuk. Untuk lebih cepat, anda boleh sediakan semua bahan pada hari minggu dan simpan di dalam beg penyejuk beku. Ini amat berguna jika anda membeli ramuan mentah dengan banyak memandangkan anda boleh menyediakan segala-galanya pada hari yang sama. Masukkan sahaja kandungan beg penyejuk beku anda ke dalam periuk untuk memasak hidangan apabila anda memerlukannya!

one-pot-meals

2) Memasak perlahan menjimatkan masa: Beli periuk masak perlahan. Anda hanya perlu memasukkan bahan sebelum pergi bekerja dan hidangan siap dimasak apabila anda pulang. Alat yang mudah diguna ini mengambil beberapa jam untuk masak, tetapi prosesnya sering menghasilkan hidangan yang enak yang mengekalkan jus dan rasa enak ramuan-ramuan anda. Cara memasak begini paling sesuai bagi daging yang keras seperti daging kambing atau lembu, tetapi ia juga sangat sesuai untuk memasak ayam.

Tip tambahan!

Mengguna pemasa elektrik dengan periuk masak perlahan anda merupakan cara mudah untuk mengawal bila untuk memasang atau memadamnya.

3) Sediakan hidangan lebih awal: Satu cara berguna untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan pada hari bekerja ialah dengan membuat persiapan pada hari minggu. Malah, anda boleh menambah satu lagi langkah dengan memasak lebih pada hari minggu. Setelah disediakan, anda boleh agih-agihkan ke dalam bekas yang bersesuaian saiz sebelum menyimpannya di dalam penyejuk beku.

4) Membeli penyejuk beku: Jika bahagian penyejuk beku peti sejuk anda terlalu kecil, pertimbangkan untuk membeli penyejuk beku lebih besar yang khusus. Penyejuk beku yang lebih besar bukan sahaja bermakna anda mempunyai lebih ruang untuk menyimpan makanan mentah atau ramuan, tetapi ia membolehkan anda menyejuk beku makanan yang siap dimasak bagi hari-hari yang anda tiada masa untuk masak. Ini termasuk sup, stew, makanan bergoreng, bebola daging, kaserol, dan juga roti atau beras.

invest-in-freezer

Tiga peraturan mudah untuk diikuti:

1) Sejukkan makanan panas supaya setara suhu bilik terlebih dahulu. Menyimpan makanan panas di dalam penyejuk beku boleh menyebabkan suhunya meningkat, maka menjejaskan makanan lain yang disimpan di dalam penyejuk beku. Untuk mencegah pembentukan kristal ais yang besar, sejukkan makanan dengan sempurna dengan menempatkannya di dalam peti sejuk dahulu sebelum disejuk beku.

2) Labelkan tarikh disediakan pada bekas makanan anda. Ini mencegah anda daripada tersilap mengambil makanan yang disimpan terlalu lama. Bagi ramuan mentah, anda mungkin ingin memasukkan resepi dan cara persediaan untuk mempercepatkan proses memasak.

3) Guna makanan yang disejuk beku dalam tempoh tiga bulan untuk mendapatkan rasa/tekstur terbaik – mengambil makanan yang disimpan terlalu lama adalah berisiko disebabkan risiko pencemaran.

Tip tambahan!

Menyimpan beras di dalam penyejuk beku adalah cara yang berguna untuk menyimpannya lebih lama kerana menyejukbeku sebenarnya membunuh telur kekabuh beras.

Mengambil jalan pintas

Ya, terdapat produk-produk yang memudahan kehidupan anda. Anda tidak perlu menyediakan segala-galanya sendiri daripada bahan asas untuk memasak hidangan yang enak dan berkhasiat untuk keluarga. Sebagai contoh, anda boleh membeli produk yang siap dipotong, sos-sos yang dibotolkan, ayam panggang yang tersedia dimakan, dan doh piza yang siap disediakan.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen