Pengasuhan Positif

Masa untuk Detoks Digital

Terdapat banyak berbezaan cara keluarga masa kini meluangkan masa bersama berbanding dahulu. Kini, bukan anak-anak sahaja yang asyik dengan permainan elektronik (contohnya iPad, XBox, Playstation, dll) pada masa lapang daripada bermain permainan fizikal dengan kawan-kawan jiran seperti main polis dan pencuri atau bermain guli – lebih teruk lagi, orang dewasa juga leka dengan kehidupan digital mereka.

Amat membimbangkan hari ini melihat ramai orang menghabiskan terlalu banyak masa asyik dengan alat skrin mereka dan menjadi teladan buruk kepada anak-anak. Meluangkan terlalu banyak masa dalam ruang siber boleh menjurus kepada kesan-kesan buruk (contohnya stres dari segi fizikal, emosi atau kelesuan).

Walau bagaimanapun, ini baharu sebahagian kecil daripada masalah sebenar. Terdapat banyak perkara yang anda perlu pertimbangkan juga, harapnya setelah habis membaca artikel ini anda sedar betapa pentingnya untuk mengurangkan masa menggunakan alat digital dan melebihkan masa berkualiti bersama keluarga. Putuskan hubungan digital, berhubung semula secara emosi – bukan sahaja untuk anak anda, tetapi untuk seluruh keluarga.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen