Lemak, garam dan gula merupakan komponen pemakanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan anak anda. Namun, ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit; oleh sebab itulah ia ditempatkan di bahagian paling atas Piramid Makanan Malaysia. Ini bermaksud bahawa ketiga-tiga komponen tersebut harus diambil dalam jumlah yang sedikit berbanding kumpulan makanan lain yang berada di aras lebih bawah dalam piramid makanan. Jika diambil berlebihan;
- Lemak dikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap obesiti, penyakit jantung koronari dan beberapa jenis kanser.
- Garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit seperti kanser perut.
- Gula membekalkan kalori kosong yang tidak diperlukan dan menyebabkan peningkatan berat badan maka menyebabkan berlebihan berat badan dan obesiti serta meningkatkan risiko terhadap diabetes dan kemungkinan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain.
Fakta Mengenai Lemak, Garam dan Gula
Fahami maklumat mengenai lemak, garam dan gula di bawah ini. Ia boleh membimbing anda dalam pengambilan makanan yang mengandungi nutrien-nutrien tersebut.
Tip-Tip Praktikal Yang Anda Boleh Ikuti
Anda harus cuba untuk mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula oleh anak anda. Namun, ini tidak bermakna anda harus mengehadkan pengambilannya melalui diet yang ketat atau tidak membenarkannya langsung. Berikut adalah beberapa langkah yang lebih bijak dan sihat:
- Jadi model peranan untuk anak anda.
- Buang kulit ayam dan lemak pada daging semasa menyediakan makanan.
- Amalkan cara memasak yang sihat: goreng kilas, kukus, mereneh, panggang atau membakar hidangan anda tanpa menggunakan minyak langsung atau gunakan sedikit sahaja.
- Guna kertas/kain dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan selepas menggoreng hidangan.
- Jika anda mengambil keputusan untuk menggoreng hidangan, guna minyak berasaskan tumbuhan (iaitu minyak kelapa sawit) dan jika anda hendak memasak kek, kurangkan penggunaan gula sebanyak satu pertiga daripada amaun yang anda biasa gunakan.
- Sos-sos, bahan perisa dan garam mengandungi natrium. Untuk perisa cuba gunakan herba dan rempah ratus asli sebagai ganti.
- Hadkan makanan segera dan jangan kaitkan pemberiannya sebagai satu bentuk ganjaran.
- Bekalkan snek sihat untuk dibawa ke sekolah (buah, bar bijirin, tau fu fah dll), jangan melangkau hidangan utama (sarapan pagi, makan tengahari dan malam) dan sediakan saiz hidangan makanan yang sederhana di rumah.
Diet yang seimbang yang mengandungi pelbagai bahan makanan memastikan anak anda mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran optimum dan kesejahteraannya. Sama penting adalah untuk menggalakkan anak anda melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Gunalah Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan anda atau kunjungi laman web Persatuan Pemakanan Malaysia (www.nutriweb.org.my) untuk mendapatkan lebih banyak bahan pendidikan mengenai makan secara sihat. Ingatlah, seorang anak yang makan dengan sihat akan membesar dengan sihat.
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen