Pengasuhan Positif

Bersenam untuk Kebaikan Sistem Penghadaman

Masalah penghadaman adalah perkara biasa dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain daripada menjaga pengambilan makanan, memastikan bahawa anak anda mengekalkan gaya hidup yang aktif juga akan memberi kesan positif kepada kesihatan sistem penghadamannya. Kerap bersenam boleh membantu anak anda mengekalkan tubuh yang sihat dan juga membantu sistem penghadamannya berfungsi dengan lebih baik.

kid-sports

Kenapa kita perlu aktif

Menjadi aktif secara fizikal boleh membantu sistem penghadaman anak anda, misalnya:

  • Kerap bersenam boleh merangsang pengecutan otot usus, seterusnya mengawal pergerakan usus mereka.
  • Membantu mengurangkan sembelit dengan menggerakkan makanan melalui sistem penghadaman mereka.
  • Menyerap nutrien dengan lebih baik.
  • Berasa lebih sihat dan cergas semasa bersenam.
  • Membantu penyaluran gas melalui saluran penghadaman dengan lebih cepat.

Mengekalkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal akan membantu mencegah obesiti, masalah ketidakhadaman dan divertikulosis.

What you can do about it

Being physically active can work wonders on your child’s digestive system, for instance:

  • Menggalakkan gaya hidup aktif.
  • Tidak menggalakkan aktiviti yang tidak aktif contohnya terlalu lama bermain permainan komputer atau menonton TV.
  • Hadkan masa menonton TV.
  • Melibatkan mereka dengan kerja-kerja rumah, sukan dan permainan lain.
  • Mengajar mereka mengenai kepentingan menjadi aktif secara fizikal.

Sebagai ibu bapa, anda harus mengingati dua perkara utama iaitu:

  1. Pastikan anda sendiri mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (kanak-kanak cenderung untuk mengikuti gaya hidup ibu bapa mereka).
  2. Memastikan sebahagian daripada jadual harian anak anda diperuntukkan untuk aktiviti fizikal seperti permainan, sukan atau apa-apa bentuk permainan tidak berstruktur lain.

digestive-patterns

Masa adalah penting

Sentiasa bersederhana dalam melakukan aktiviti fizikal, kerana kalau kita keterlaluan membuat aktiviti, ianya boleh menyebabkan kemudaratan terutama kepada saluran penghadaman/usus. Senaman secara sederhana dan berterusan boleh menjadi mangkin kepada perlindungan terhadap kanser kolon, penyakit diverticular dan sembelit. Sebaliknya, senaman yang keterlaluan atau berat boleh menyebabkan anda berasa loya, muntah, sakit perut, dan juga pendarahan gastrousus.

  • Elakkan daripada melakukan senaman yang berat selepas makan atau ia boleh menyebabkan kembung dan sembelit.
  • Tekanan juga memberi kesan kepada kesihatan sistem penghadaman; elakkan daripada melakukan senaman yang berat semasa berasa tertekan.
  • Elakkan daripada memberi tekanan yang tidak munasabah kepada anak anda contohnya menetapkan jadual yang tidak memberi peluang langsung untuk mereka berehat atau bersantai.

Salah satu faktor yang meningkatkan tahap obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia dewasa ini adalah mereka kurang melakukan aktiviti fizikal. Jangan biarkan anak anda menjadi sebahagian daripada penyumbang peningkatan statistik kanak-kanak obes, galakkan gaya hidup aktif melalui senaman fizikal yang berterusan untuk kehidupan yang lebih sihat.

Sumbangan daripada Lembaga Penasihat Kesihatan Penghadaman.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen