Anda tentu tahu sarapan pagi adalah amat penting, lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil. Ini adalah kerana badan yang membesar dan otak yang sedang berkembang memerlukan makanan. Bila kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi, bermakna mereka tidak makan selama 12 jam. Ini boleh menimbulkan masalah pemakanan, intelektual dan tingkah laku.
Sarapan pagi juga penting bagi kanak-kanak kerana:
- Ia menguatkan tumpuan, menambah kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan daya tumpuan mata dan tangan serta koordinasi.
- Ia membuat kanak-kanak lebih cerdas dan kreatif.
- Ia membekalkan cukup tenaga dan daya ketahanan sehingga waktu makan mereka seterusnya.
Mulakan Sejak Kecil
Anda patut menjadikan tabiat bersarapan pagi sebagai amalan sepanjang hayat, dengan menggalakkan anak bersarapan sejak mereka kecil lagi dan mendidik mereka tentang pentingnya menjaga kesihatan. Cara terbaik ialah dengan menunjukkan teladan yang baik dan ini bermakna anda sendiri perlu bersarapan pagi!
Berikut adalah beberapa langkah mudah menjadikan sarapan pagi satu amalan harian dan pastikan anda sekeluarga menikmati sarapan pagi setiap hari:
- Bangun beberapa minit lebih awal untuk menyediakan sarapan pagi.
- Sediakan sarapan pagi pada malam sebelumnya jika anda rasa anda (atau anak-anak anda) akan kelam-kabut pada pagi esoknya.
- Bekalkan makanan untuk anak anda supaya mereka boleh makan dalam perjalanan ke sekolah atau di sekolah.
Prinsip Umum Sarapan Pagi
Anda berusaha memujuk anak anda supaya bersarapan pagi setiap hari, tetapi apa yang anda sediakan untuk mereka? Beberapa prinsip berikut boleh dijadikan panduan untuk anda menyediakan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat:
- Sajian yang seimbang dan pelbagai memastikan anak anda mendapat segala khasiat pemakanan yang diperlukan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.
- Pilih sejenis makanan daripada sekurang-kurangnya tiga daripada empat kumpulan ini: buah buahan dan sayuran; bijirin (seperti roti bijian penuh, bran mufin); tenusu (susu, keju, yogurt) dan protein (telur, tuna, hirisan daging tanpa lemak, mentega kacang).
- Jadikan susu dan telur (sumber protein yang baik) satu kemestian.
- Sentiasa hidangkan sarapan dengan minuman yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral. Susu hendaklah dijadikan pilihan pertama, diikuti jus buah-buahan segar.
Makanan Apakah Untuk Sarapan Pagi? |
---|
Idea sarapan pagi ini seharusnya dapat membekalkan khasiat yang diperlukan oleh anak-anak anda untuk memulakan hari mereka:
|
Komen