Pengasuhan Positif

Bibimbap

Bahan-bahan

(Cadangan saiz hidangan: 5)

  • 123 g (1/2 cawan) daging lembu (tanpa lemak)
  • 108 g (2 cawan) bayam
  • 105 g (1 cawan) taugeh
  • 22 g (10 biji) cendawan shiitake kering
  • 108 g (1 batang) lobak merah
  • 279 g (1 ½ cawan) beras perang
  • 30 ml (2 sudu besar) sos tomato atau sos cili
  • 5 g (1 ulas) bawang putih
  • 30 ml (2 sudu besar) kicap
  • 15 ml (1 sudu besar) minyak bijan
  • 5 ml (1 sudu teh) madu
  • 15 ml (1 sudu besar) minyak
  • 4 keping rumpai laut
  • 265 g (5 biji) telur
  • Sedikit garam dan lada sulah

Penyediaan

  1. Basuh beras dan masak nasi dengan periuk nasi.
  2. Cincang daging lembu dengan mesin pengisar.
  3. Celur bayam dan taugeh secara berasingan.
  4. Kupas lobak merah dan hiris nipis.
  5. Potong bawang putih sehingga halus.
  6. Lembutkan cendawan dengan merendam dalam air panas selama 30 minit.
  7. Toskan air dan buangkan batang cendawan yang telah direndam.
  8. Hiriskan cendawan nipis-nipis.

Cara Masak

  1. Perap daging lembu dengan kicap, bawang putih, minyak bijan, madu, lada sulah dan garam di dalam satu mangkuk.
  2. Biarkan selama 30 minit.
  3. Goreng daging lembu dengan sedikit minyak sehingga masak dan ketepikan.
  4. Ulang langkah 3 untuk memasak cendawan.
  5. Goreng telur mata, satu demi satu.
  6. Letak nasi ke dalam satu mangkuk. Dengan menggunakan penyepit makanan, susun daging lembu, sayuran, cendawan dan rumpai laut di sekitar nasi, dan sebiji telur di tengah.
  7. Tuang sedikit kicap dan sos tomato atau sos cili di atas nasi.
  8. Hidangkan panas-panas.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 422 kcal
Karbohidrat 52.5 g
Protein 19.8 g
Lemak 14.7 g

 

Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen