Pengasuhan Positif

Makaroni Goreng

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 4 orang)

  • 150 g (1 2/3 cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan
  • 200 g (3/4 cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus

Dihiris

  • 30 g (6 biji) cendawan butang
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala merah
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala hijau
  • 120 ml (1/2 cawan) sos tomato
  • 80 ml (1/3 cawan) tomato
  • 180 ml (3/4 cawan) stok daging lembu rebusan sendiri
  • 26 g (2 sudu makan) marjerin

Dicincang

  • 25 g (5 ulas) bawang putih
  • 3 g (1/2 biji) cili hijau
  • 3 g (1/2 biji) cili merah
  • 50 g (2 biji) bawang besar
  • Garam secukup rasa
  • Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng

Method

  1. Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi.
  2. Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar.
  3. Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut.
  4. Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Hiaskan sebelum hidang.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 298 kcal
Karbohidrat 41.5 g
Protein 17.6 g
Lemak 6.8 g

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen