Pengasuhan Positif

Mengharungi Autisme: Membantu Keluarga Kanak-kanak Autistik

Sebagai ibu bapa, sebaik sahaja anda melepasi reaksi awal, tiba masanya untuk maju ke hadapan dan mencari tempat untuk mendapatkan bantuan. Terdapat banyak badan bukan kerajaan, forum, institusi dan persatuan yang boleh membantu ibu bapa kanak-kanak autistik.

Fokus utama mana-mana pertubuhan lazimnya adalah untuk:

  • membimbing ibu bapa agar mereka boleh memberi penjagaan sewajarnya dan memupuk perkembangan anak mereka.
  • mendidik kanak-kanak autistik untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat.
  • mewujudkan kesedaran awam tentang autisme dan cabaran yang dihadapi oleh individu-individu autistik dan keluarga mereka.

Apabila meneliti pertubuhan-pertubuhan tersebut, adalah penting untuk anda menyedari bahawa anak anda masih mempunyai harapan. Semua kanak-kanak adalah istimewa, unik dengan cara mereka tersendiri, tetapi semuanya tetap memerlukan kasih sayang ibu bapa, perlindungan, bimbingan dan juga kemesraan. Mereka yang menguruskan pertubuhan, program dan institusi tersebut menyedari hakikat ini dan bersedia untuk tampil ke hadapan bagi membantu, membimbing dan menyokong anda dan anak anda.

Awam

Kerajaan persekutuan, melalui Program PERMATA, telah menubuhkan PERMATA Kurnia (www.programpermata.my/kurnia), sebuah program yang menyediakan khidmat bantuan profesional dan rawatan bagi kanak-kanak autistik dan keluarga mereka. Pusat PERMATA Kurnia di Kuala Lumpur telah beroperasi sejak tahun 2015 dan pusat-pusat yang sama sedang dirancang di seluruh negara. Berikutan kejayaan program PERMATA, satu dasar sedang digubal untuk menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan yang saksama, serta memperbaiki infrastruktur bagi kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran.

Kementerian Pembanguanan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berkolaborasi dengan program PERMATA melalui jabatan-jabatannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keluarga anak-anak autistik yang berdaftar dengan JKM juga menerima bantuan kewangan dan bantuan lain yang relevan.

Di peringkat negeri, sebagai contoh, Selangor dalam pengumuman belanjawan 2016nya, akan tidak lama lagi melancarkan program DIDIK Smart Selangor. Program ini dijangka menjadi pusat serenti bagi rawatan autisme, khusus untuk kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah.

Universiti-universiti tempatan juga memainkan peranan strategik dalam pembangunan kanak-kanak autistik melalui pendidikan, penyelidikan dan latihan seperti Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) [email: [email protected], Facebook: A-heart Universiti Malaysia Perlis, atau telefon: 04-986 5401/5410/5402] dan Makmal Pembelajaran Austisme UKM [email: [email protected], laman sesawang: http://www.ukm.my/fpendidikan/ atau telefon: 03-8921 6237].

Bukan Kerajaan, Bukan Untuk Keuntungan

Pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM – www.nasom.org.my) dan organisasi kebajikan bukan kerajaan, tanpa untung, menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak istimewa melalui pelbagai program. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut memberi penekanan kepada perolehan kemahiran dan perubahan tingkah laku. Objektifnya adalah untuk membantu kanak-kanak autistik hidup dan bekerja dengan lebih cekap di rumah, sekolah dan di dalam komuniti dengan meningkatkan kemahiran pembelajaran, sosial dan bahasa.

Kumpulan Sokongan

Kebanyakan kumpulan sokongan mempunyai objektif yang sama dan berusaha untuk:

  1. menyokong dan memberi maklumat kepada keluarga yang terlibat,
  2. meningkatkan kesedaran mengenai intervensi dan rawatan,
  3. menggalakkan ibu bapa membuat pilihan rawatan berasaskan pengetahuan dan,
  4. menggalakkan rangkaian dengan profesional dan keluarga yang terlibat.
  • Kelab Anak-anak Autisme
    – Facebook: Kelab Anak Autisme
  • Persatuan Autisme Muslim Malaysia
    – Laman sesawang: www.autisme-malaysia.com
    – Email: [email protected]
    – Telefon: 019-381 1907
  • Sumber Ibu Bapa bagi Autisme Malaysia (Parent’s Resource for Autism Malaysia)
    – Laman sesawang: www.pr4a.org.my
    – Facebook: Parents’ Resource for Autism Malaysia
    – Telefon: 03-7971 1121

Syarikat-Syarikat

Pusat-pusat penjagaan swasta juga menyediakan perkhidmatan yang sama seperti yang disediakan kerajaan. Ini kerana, dalam sesetengah keadaan, pusat rawatan adalah terlalu jauh dari rumah atau senarai menunggu untuk mendaftar anak ke pusat tajaan kerajaan adalah terlalu panjang dan keluarga tidak mampu untuk menunggu.

Senarai tersebut tidak lengkap dan terdapat banyak lagi organisasi di luar sana yang komited untuk membantu dan menyokong kanak-kanak autistik dan keluarga mereka. Dari perkhidmatan kerajaan yang percuma sehingga ke terapi tingkah laku di rumah serta program berasaskan sekolah, dengan rancangan rawatan yang betul, dan limpahan kasih sayang dan sokongan, anak anda pasti boleh belajar, membesar, dan hidup sihat.

a-journey-through-autism-helping-families

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen