Tahukah anda?
Masalah gangguan pemakanan dalam kalangan remaja (termasuk aneroksia, bulimia, dan kecelaruan lewah) biasanya dikaitkan dengan remaja yang sentiasa berhadapan dengan tekanan akibat perubahan emosi dan fizikal yang berlaku dalam kehidupan mereka serta beban tekanan akademik dan rakan sebaya.
Pastikan anda menggalakkan perasaan harga diri yang sihat dan keyakinan dalam diri anak anda. Ingatlah bahawa pengambilan makanan “tidak sihat” sekali-sekala tidak mendatangkan bahaya. Contohnya, mengambil satu atau dua gelas minuman ringan pada hari jadinya tidak akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Panduan ‘Mudah’ Mengenai Makanan
Berikut adalah senarai makanan “tidak sihat” yang harus anda hadkan:
- Minuman ringan, jus buah, dan minuman manis yang lain
- Minuman bertenaga dan energy bar
- Bijirin sarapan pagi yang tinggi kandungan gula dan rendah serat
- Pastri, kek, dan donut
- Snek rangup seperti kerepek atau kudapan berperisa
- Biskut, roti, atau keropok diperbuat dengan tepung halus
- Sup dalam tin dan/atau mi segera
Makanan-makanan tersebut boleh diambil sekali sekala, tetapi ia tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada diet utama anak anda.
Galakkan anak anda untuk memilih lebih banyak makanan daripada senarai makanan ‘sihat’:
- Air kosong
- Jus segar tanpa gula tambahan
- Makanan yang tinggi kandungan serat (contohnya, bijirin penuh, kekacang, buah, dan sayur)
- Bijirin penuh tanpa gula tambahan
- Buah dan sayur sebagai snek
- Produk-produk bijirin penuh
- Sup yang dimasak sendiri di rumah yang ditambah hanya sedikit gula/garam, dimakan bersama mi bijirin penuh
Pengurusan Berat Badan
Terdapat tiga unsur utama untuk mencapai pengurusan berat badan yang sempurna, iaitu:
Keseimbangan
Kesederhanaan
Kepelbagaian
Ketiga-tiga unsur utama tersebut boleh dipendekkan kepada akronim SSP. Ia menekankan kepentingan mengambil makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza (iaitu, karbohidrat, vitamin dan mineral, protein dan lemak) dalam jumlah yang sederhana, seimbang, dan diagih-agihkan sepanjang hari. Juga penting bagi anak-anak anda untuk makan secara tetap, tidak melangkau waktu makan dan tidak makan berlebihan.
Practise balance in your daily food selection. Too much or too little are both bad for your diet. Use the food guide pyramid to help you understand how much you need to consume from each group. The key to good health and appropriate weight management is eating regular meals in moderate portions with as much variety and colour as possible. After all, food should be enjoyed, and eating wisely allows you to enjoy your favourite foods and still stay healthy!
Amalkan keseimbangan dalam pilihan makanan harian anda. Terlalu banyak atau terlalu sedikit, kedua-duanya tidak baik untuk diet anda. Gunakan panduan piramid makanan untuk membantu anda memahami jumlah yang anda perlu ambil daripada setiap kumpulan. Kunci kepada kesihatan yang baik dan pengurusan berat badan yang bersesuaian adalah pengambilan hidangan secara tetap dalam saiz sajian yang sederhana dengan seberapa banyak warna dan kepelbagaian yang boleh. Makanan harus dinikmati, dan amalan pemakanan yang bijak membolehkan anda menikmati makanan kegemaran sambil mengekalkan kesihatan anda!
Cuba luangkan masa untuk makan bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan tiada gangguan seperti TV atau sebarang peralatan elektronik lain. Waktu makan adalah masa untuk keluarga merapatkan hubungan kekeluargaan. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk anda mendekati anak anda dan memberinya sokongan emosi yang mungkin diperlukan.
Dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia.
Komen