Buli merupakan sesuatu yang berlaku di serata dunia. Ia mempunyai implikasi serius dan ada kalanya, implikasi jangka panjang ke atas mangsa seperti kemurungan dan kesunyian. Selain itu, masalah tidur dan rendah tenaga juga kerap diperhatikan. Lebih menakutkan lagi, kini buli bermula semasa tahun prasekolah dan lazim berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Apabila ini berlaku, apakah peranan yang patut anda mainkan sebagai ibu bapa?
Memahami Buli
Buli boleh dilihat sebagai sesuatu perbuatan, samada secara lisan, psikologi atau fizikal, yang bertujuan untuk menyakiti seseorang yang lebih lemah. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa perlakuan membuli berbeza mengikut jantina di mana budak lelaki lazimnya akan menggunakan serangan fizikal manakala budak perempuan pula menggunakan bentuk yang lebih halus seperti serangan verbal. Contoh-contoh pembulian psikologi termasuk ¨C mengasingkan mangsa pembuli, menyebar desas-desus, dan memusnah atau menyembunyi barang-barang kepunyaan mangsa pembuli.
Mangsa-mangsa Pembuli
Secara lazimnya, terdapat dua jenis mangsa pembuli:
- Mangsa pembuli yang pasif/submisif: Secara lazimnya, mangsa-mangsa pembuli ini lebih cemas dan berasa tidak selamat jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang lain. Mereka selalunya berwaspada, sensitif dan senyap. Apabila diserang, mereka biasanya memberikan reaksi seperti menangis ataupun menyisihkan diri. Mereka juga kurang yakin pada diri sendiri dan mempunyai pandangan negatif pada dirinya sendiri. Di samping itu, mereka juga merasa sunyi, diasingkan di sekolah, dan tidak mempunyai kawan baik dalam kelas.
- Mangsa pembuli yang provokatif: Mangsa-mangsa in menggambarkan kombinasi corak-corak reaksi yang agresif dan cemas. Mereka selalunya mempunyai masalah menumpukan perhatian dan kelakuan yang boleh mengakibatkan kejengkelan dan ketegangan. Kadang-kala, kelakuan ini boleh membangkitkan reaksi-reaksi negatif daripada pelajar-pelajar lain.
Apa yang Boleh Dilakukan oleh Orang Dewasa |
---|
Campur tangan awal adalah penting setelah berjaya mengenal pasti suatu tindakan membuli. Anda boleh menggunakan sesetengah cadangan berikut jika mendapati anak anda merupakan seorang mangsa buli atau pembuli. Cadangan untuk sekolah anak anda:
Cadangan untuk ibu bapa:
|
Komen