Pengasuhan Positif

Roti Pisang Mil Penuh

Bahan asas membuat roti

100g (34 cawan) tepung gandum
80g (34 cawan) tepung mil penuh
43g (12 cawan) badam kisar
7.6g (2 camca teh) serbuk penaik
2g (12 camca teh) soda bikarbonat
2.6g (12 camca teh) garam
1.3g (12 camca teh) serbuk kayu manis
130g (23 cawan) gula kastor

Campuran Pisang

2 biji telur saiz besar, dipukul perlahan
14 camca teh vanila, asli atau esen
100g mentega, dicair dan disejukkan
2 camca besar yogurt atau susu rendah lemak
1 cawan (4 biji) pisang yang telah masak, dikupas dan dilenyek

Untuk kepelbagaian: Hiaskan roti dengan oat, biji bunga matahari/labu atau kacang walnut

Nota:

  • Selain daripada badam kisar, anda boleh juga menggunakan kacang atau bijian lain seperti kacang walnut, atau biji bunga matahari/labu atau campuran kesemuanya.
  • Sekiranya anda tiada acuan tin untuk roti, anda boleh juga menggunakan bekas cupcake dan bakar selama 30 minit atau sehingga pencungkil gigi yang anda cucukkan di tengah roti boleh dikeluarkan tanpa kesan tepung.

Cara membuatnya

  1. Panaskan ketuhar pembakar sehingga 160°C. Sapukan sedikit mentega di atas acuan tin bersaiz 19 x 9cm atau balutkan acuan dengan kertas pembakar.
  2. Letakkan bahan asas membuat roti ke dalam mangkuk mesin penggaul. Putar dengan kelajuan perlahan selama 1 minit.
  3. Masukkan telur, esen vanila dan mentega yang telah dicairkan. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 3 minit. Angkat mangkuk daripada mesin penggaul dan gaulkan susu dan pisang dengan tangan. Jangan terlebih gaul adunan, tidak mengapa sekiranya adunan kelihatan berketul.
  4. Tuangkan adunan ke dalam tin yang disediakan dan bakar selama 50 minit, atau sehingga pencungkil gigi yang anda cucukkan di tengah roti boleh dikeluarkan tanpa kesan tepung. Sejukkan selama 5 minit.
  5. Pindahkan ke rak yang lebih sejuk dan apabila ia telah sejuk sepenuhnya, potong roti kepada 12 keping.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan

Kalori : 228 kcal
Karbohidrat : 30.3 g
Protein : 4.5 g
Lemak : 9.9 g

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen