Seperti yang anda tahu, membaca merupakan kemahiran yang penting untuk anak anda dalam tempoh pembesarannya. Selancar mana dia membaca akan membantunya menentukan cara berkomunikasi, memahami dan belajar.
Selain daripada menunggu sehingga anak anda menjejaki alam pra-sekolah, mulakanlah proses pembacaan kepadanya terlebih dahulu. Dia mungkin tidak dapat memahami pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meluangkan masa bersamanya bermain dengan huruf-huruf dan perkataan, dia akan membesar dengan minat membaca!
Adakah anda tahu?
Walaupun membaca dianggap sebagai aktiviti visual, sebenarnya kesemua deria anak anda terlibat ketika mempelajari kemahiran ini.
Telinga |
|
Tangan |
|
Hidung |
|
Lidah |
|
Aktiviti: Cakap seperti saya |
Apa yang diperlukan: Buku atau carta abjad-abjad (anda boleh buat sendiri dengan menggunakan pen berwarna dan kertas)
Apa yang dilakukan: Namakan setiap huruf yang anda tunjukkan. Kemudian, pamerkan gambar atau objek yang bermula dengan huruf tersebut. Semakin dia membesar, galakkannya mengulangi percakapan anda dan membentuk ayat mudah menggunakan setiap huruf.
Aktiviti: Nyanyi bersama saya |
Apa yang diperlukan: Puisi berirama kanak-kanak/Lagu kanak-kanak
Apa yang dilakukan: Bacakan puisi atau lagu secara kuat sambil bertepuk tangan mengikut rentak. Kemudian, jika boleh, ajak anak anda mengikutinya sekali. Lagu seperti “ABC” dan “1,2,3,4,5,Once I Caught A Fish Alive” juga boleh membantu anak anda untuk mengingati abjad dan asas mengira.
Aktiviti: Perkataan orang buta |
Apa yang diperlukan: Keratan besar huruf-huruf besar (4 inci setiap satu) menggunakan kertas pasir kasar; tuala atau kain sebagai penutup mata
Apa yang dilakukan: Baca resepi bersama-sama. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, anda perlu membaca beberapa langkah dan menjelaskannya satu persatu. Sekiranya anak anda sudah biasa menolong sejak kecil, anda tidak perlu membuat penjelasan tersebut. Tekankan kata kerja seperti ‘pecahkan’, ‘memukul’, ‘mengacau’ dan seterusnya. Untuk kanak-kanak yang sudah besar dan cepat bosan, minta mereka membuat sebuah cerita berdasarkan apa yang mereka sedang lakukan. Sebagai contoh, semangkuk penuh tepung boleh menjadi lereng bukit berpasir di mana sebiji telur seekor burung gergasi ajaib telah terjatuh di atasnya, diikuti dengan hujan serbuk koko yang lebat. Luaskan imaginasi anda dan biarkan anak anda bermain dengan imaginasi tersebut.
Biarkan mereka lihat anda membaca |
---|
Kanak-kanak gemar untuk mengikuti jejak langkah ibu bapanya. Baca surat khabar setiap hari, dan sediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dibaca seisi keluarga pada hari minggu. Bincangkan tentang buku-buku yang dibaca oleh anak anda dan tanya mengapa dia menyukai buku tersebut. Dengan menunjukkan bahawa anda berdua mempunyai minat yang sama, secara tidak langsung memberitahunya yang anda turut mengambil berat tentang dirinya. |
Komen