Pengasuhan Positif

Melabur Untuk Masa Depan Anak Anda

Pada zaman dahulu, ibu bapa bekerja keras, berkorban serta menjimat setiap sen untuk membiayai pendidikan anak mereka. Kini, simpanan wang sahaja tidak memadai – ia mungkin tidak akan bertambah dengan banyak. Kestabilan dan kadar faedah yang ditawarkan oleh bank sentiasa berubah serta nilai wang anda akan berkurangan akibat inflasi.

Jadi, bagaimana ibu bapa boleh membiayai pendidikan anak-anak mereka? Bayaran yuran untuk universiti tempatan dan luar negara semakin meningkat. Dilaporkan bahawa pada tahun hadapan, beberapa universiti di Australia akan mengenakan bayaran sebanyak RM620,000 kepada pelajar yang mengikuti program ijazah penuh dan sehingga RM660,000 bagi gabungan ijazah sarjana muda sastera dan perubatan. Di Malaysia pula, anggaran kos pengajian di kolej swasta dalam masa 20 tahun lagi adalah sekurangkurangnya RM200,000.

Ramai ibu bapa memilih pelaburan (seperti saham, unit amanah, harta benda dan sebagainya) dalam usaha membina dana. Dalam kes sedemikian, anda perlu bergantung pada kebolehan diri untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak. Sejauh manakah pengetahuan anda tentang pelaburan? Adakah wang anda mencukupi? Bagaimanakah untuk melindungi dana pendidikan anak-anak anda jika berlakunya kemerosotan pasaran atau jika sesuatu berlaku pada diri anda?

Pelaburan sentiasa mempunyai risiko. Tetapi apabila ia akan melibatkan masa depan anak anda, anda perlu lebih berhati-hati. Kini terdapat insurans berkaitan pelaburan yang amat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membina dana untuk anak-anak mereka.

POLISI INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Polisi berkaitan pelaburan adalah sejenis perlindungan insurans yang mengintegrasikan insurans nyawa tradisional dengan pelaburan. Premium digunakan untuk perlindungan insurans nyawa dan pelaburan dalam pilihan ekuiti, bon atau dana terurus yang sesuai dengan profil risiko anda.

Polisi berkaitan pelaburan semakin menjadi pilihan menarik bagi ibu bapa hari ini. Satu daripada sebabnya adalah kefleksibelan dan kawalan. Anda boleh menukar jumlah perlindungan insurans anak anda tanpa menjejaskan premium, menukar pelaburan antara satu dana dengan dana yang lain, menambah pelaburan dengan pembayaran sekaligus atau membuat pengeluaran untuk membayar pendidikan anak anda pada bila-bila masa.

Polisi berkaitan pelaburan diuruskan oleh ahli-ahli profesional yang mahir membaca trend pasaran serta mencari peluang pelaburan yang berpotensi dalam memberikan pulangan yang lebih banyak agar anda dapat membina dana pendidikan anak-anak anda dengan lebih cepat.

Seperti semua jenis pelaburan yang lain, polisi berkaitan pelaburan mungkin tidak akan menjaminkan pulangan tetapi apabila anda disokong oleh sebuah syarikat bereputasi baik yang mempunyai banyak sumber dan kepakaran, anda boleh yakin bahawa kemungkinan untuk kehilangan semua wang hasil kerja keras anda adalah sangat minimum.

Di samping mengembangkan dana pendidikan anak-anak anda, polisi berkaitan pelaburan juga memastikan kesejahteraan anak-anak anda. Ia menyediakan perlindungan untuk kematian, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, kemalangan, penyakit kritikal, kemasukan hospital serta pembedahan. Ia juga membenarkan anda menggunakan pilihan pembayar premium yang akan membayar premium polisi walaupun anda sudah tidak ada lagi. Ini memastikan dana pendidikan anak-anak anda akan sentiasa terlindung.

Pelaburan untuk dana pendidikan anakanak anda adalah suatu usaha serius. Buatlah keputusan pelaburan yang bijak demi memastikan masa depan yang cerah untuk anak-anak anda.

SENTIASA BERHATI-HATI

Tidak kira jenis produk kewangan yang anda pilih, anda perlu berhati-hati. Jangan bertindak terburu-buru dan buatlah penyelidikan terlebih dahulu. Baca laporan-laporan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat, suratkhabar, jurnal serta majalah, layari internet dan sertai kursus serta seminar tentang pelaburan. Berbincang dengan ahli profesional (seperti bank, remiser, perancang kewangan atau ejen insurans, bergantung kepada pelaburan yang anda pilih).

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen