Bahan-bahan
(Cadangan saiz hidangan: 3)
- 350 g buah naga merah
- 270 g (2 cawan) yogurt
- 50 ml (1/5 cawan) susu segar
- 20 g (1 sudu besar) madu
Penyediaan
- Kupas buah naga dan kisar menjadi puri menggunakan mesin pengisar.
Cara Masak
- Campurkan puri buah naga dengan yogurt, susu segar dan madu.
- Gaul sehingga sebati dalam mangkuk.
- Masukkan campuran dalam acuan dan simpan di dalam penyejuk beku.
- Sejukkan campuran selama 4 jam kemudian keluarkan campuran dan kacau dengan garpu.
- Masukkan semula campuran ke dalam penyejuk beku selama 4 jam.
- Simpan di dalam penyejuk beku sehingga sedia untuk dimakan.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalori | 114 kcal |
Karbohidrat | 15.4 g |
Protein | 5.7 g |
Lemak | 3.3 g |
Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen