Bahan-bahan
(Cadangan saiz hidangan: 5)
- 500 g dada ayam
- 25 g (1/4 cawan) serbuk roti
- 3 g (1 sudu teh) herba Itali kering
- 21 g (1 sudu besar) madu
- 5 ml (1 sudu teh) minyak zaitun
- 53 g (1 biji) telur
- Secubit garam dan lada sulah
Penyediaan
- Cincang daging ayam dengan mesin pengisar.
Cara Masak
- Sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun.
- Masukkan ayam, telur, serbuk roti, herba Italian, madu, garam dan lada ke dalam mangkuk.
- Gaul semua bahan hingga sebati.
- Ambil satu sudu besar campuran.
- Gunakan tangan dan bentukkan menjadi bebola.
- Ulang langkah 4 dan 5 sehingga semua campuran habis.
- Letakkan bebola ayam secara berasingan di dulang pembakar.
- Masukkan bebola ayam ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 230 ◦C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan bebola ayam di atas pinggan.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalori | 209 kcal |
Karbohidrat | 8.9 g |
Protein | 20.5 g |
Lemak | 10.2 g |
Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen