Pengasuhan Positif

Susu Ibu: Makanan Terbaik untuk Bayi

Susu badan sering disyorkan sebagai sumber nutrien yang terbaik oleh pakar kesihatan. Namun begitu, para ibu mungkin tertanya-tanya, apakah sebab sebenar yang membuatkan susu badan begitu berkhasiat untuk bayi?

Kandungan pemakanan dalam susu badan untuk bayi

Susu badan mengandungi pelbagai nutrien untuk bayi. Berikut merupakan beberapa komponen berbeza yang terkandung dalam susu badan, dan kebaikannya untuk bayi.

  • Sumber air untuk bayi dan dapat mengekalkan tahap hidrasi. 
  • Penting untuk perkembangan fizikal kerana ia digunakan untuk membina, memperkuat, dan memperbaiki tisu-tisu badan. Protein-protein tertentu (cth. laktoferin, lisozim, dan faktor bifidus) menyumbang kepada pengangkutan zat besi, flora usus yang sihat, dan juga kesihatan keseluruhan bayi.
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak, menjadi sumber utama tenaga, serta menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf. Susu badan juga mengandungi semua lemak penting yang diperlukan untuk menyokong enam bulan pertama bayi.
  • Laktosa ialah sejenis gula dan merupakan karbohidrat utama dalam susu badan. Karbohidrat membekalkan bayi dengan sumber tenaga yang lain, membantu penyerapan mineral (cth. kalsium, fosforus, magnesium, dll.), dan menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang sihat.
  • Mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, dan K) dan vitamin larut air (C, B2, B3, dan B5), dan membantu melindungi bayi daripada kekurangan zat and malnutrisi. Penting untuk mengetahui bahawa kandungan vitamin dalam susu badan bergantung pada pengambilan vitamin oleh ibu.
  • Mengandungi pelbagai jenis mineral berbeza (cth. zat besi, zink, kalsium, natrium, magnesium, selenium, dll.) yang menyumbang kepada pembinaan tulang yang kuat, penghasilan sel darah merah, serta menggalakkan fungsi otot dan saraf.

Susu badan dan imuniti

Susu badan juga dapat menguatkan sistem imun bayi anda. Selepas kelahiran, “susu pertama” (dipanggil kolostrum) adalah sangat kaya dengan nutrien dan antibodi yang dapat membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan berbahaya. Semasa bayi anda membesar, susu badan akan menyediakan antibodi dan nutrien yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, dan ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Selain nutrien & imuniti: manfaat lain susu badan

Selain kaya dengan nutrien dan menguatkan imuniti, terdapat banyak lagi kelebihan susu badan yang lain.

  • Berubah mengikut keperluan. Ketika anak anda membesar dan berkembang, begitu juga dengan susu badan anda. Tubuh anda mempunyai kebolehan untuk mengubah dan menyesuaikan kandungan susu badan mengikut keperluan anak anda yang sentiasa berubah.
  • Sumber makanan yang terjamin. Susu badan adalah sumber nutrien untuk bayi yang terjamin dan selamat, serta tidak terjejas oleh faktor-faktor seperti akses kepada elektrik atau air bersih.
  • Mengandungi komponen bermanfaat lain. Susu badan juga mengandungi hormon-hormon yang boleh mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan. Ia juga mengandungi enzim-enzim yang membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.
  • Mesra alam. Susu badan tidak memerlukan sebarang pembungkusan atau pengangkutan. Ia juga tidak meninggalkan sebarang sisa, lalu menjadikannya pilihan yang mesra alam.

Kesimpulan

Susu badan ialah pilihan optimum untuk diberi kepada bayi kerana ia menyediakan nutrien terbaik, menguatkan sistem imun, serta memberi manfaat-manfaat lain. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif semasa enam bulan terawal. Selepas itu, anda boleh meneruskan penyusuan badan sambil mula memberi makanan pelengkap sehingga anak anda berusia dua tahun.

Langgani surat berita pengasuhan kami.