Menerapkan cara hidup yang lebih ringkas dan santai bagi menyokong gaya hidup lebih sihat dan lestari
Kirei ialah perkataan Jepun yang secara amnya bermaksud kebersihan, keindahan dan kesederhanaan. Kao menerapkan falsafah Kirei bagi menggalakkan perubahan gaya hidup pengguna yang menyokong kehidupan holistik pada era ini. Konsep tersebut terangkum dalam amalan perkilangannya yang menerapkan langkah-langkah tertentu bagi menghasilkan produk tambah nilai yang membantu pengguna memperbaiki hidup, mencapai gaya hidup yang memuaskan dan menggalakkan hidup yang bersih, teratur dan indah pada setiap peringkat umur.
Menjaga kebersihan tempat tinggal
Menurut Rancangan Kirei Lifestyle Plan, persekitaran yang bersih dan tenang boleh menampung kehidupan. Selain daripada menyumbang kepada keselesaan, tempat tinggal yang bersih juga penting dalam mencegah penyakit berjangkit. Memastikan kebersihan kediaman akan mencegah pertumbuhan kuman berbahaya.
Wabak COVID-19 yang berpanjangan telah mengajar kita bahawa kuman boleh melekat di permukaan dan merebak kepada orang yang belum dijangkiti, lalu menyebabkan penyakit. Antara kuman lain ialah Salmonella, yang sering ditemui di tempat tinggal yang kotor, terutamanya di dapur, dan boleh menyebabkan penyakit berkaitan keracunan makanan. Kediaman yang kotor, terutamanya ruang yang lembap dan kotor (seperti bilik air, tandas), akan menggalakkan pertumbuhan kulapuk, yang boleh mencetuskan jangkitan pernafasan.
Terlalu banyak ancaman-ancaman halus yang subur dalam persekitaran kotor, oleh itu menjadi keperluan untuk kita memastikan tempat tinggal kita bersih dan teratur, bukan sekadar atas sebab estetika, malah demi kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.
Rawat dan rehat
Rumah yang bersih dan selesa penting bagi menghasilkan persekitaran yang menenangkan. Ruang untuk melepaskan tekanan amat penting, terutamanya bagi individu yang sering tertekan akibat tuntutan kerja serta hidup peribadi.
Tekanan meningkatkan paras kortisol, hormon yang mengawal pelbagai fungsi dalam tubuh. Dalam jumlah yang sedikit, ia membolehkan tubuh menangani beban yang dihadapi. Namun, paras kortisol yang tinggi secara berterusan (biasanya dikaitkan dengan tekanan kronik) boleh menjejaskan tubuh secara fizikal dan mental.
Paras kortisol yang tinggi secara berterusan melemahkan sistem imun dan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Antara kesan lain ialah pertambahan berat, gangguan pencernaan, gangguan tidur, gangguan emosi, serta ketidakseimbangan hormon. Ini menunjukkan bagaimana tekanan kronik boleh menjadi “pembunuh senyap”, maka kita perlu cuba menjadikan hidup kita bebas tekanan. Dan antara cara terbaik menangani tekanan adalah melalui Kirei Lifestyle Plan, iaitu dengan mencari penyelesaian pembersihan rumah yang mudah dan tidak leceh yang boleh memenuhi keperluan kita semua.
Kebersihan sebahagian daripada kesihatan
Kebersihan peribadi merupakan faktor penting dalam Kirei Lifestyle Plan, serta mana-mana gaya hidup yang ingin menggalakkan kesihatan. Amalan kebersihan peribadi yang baik boleh mencegah penyebaran pelbagai penyakit, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk orang-orang yang tinggal bersama anda.
- Basuh tangan anda: Ini merupakan cara yang mudah dan berkesan untuk menghalang penyebaran penyakit berjangkit. Membasuh tangan dengan kerap akan menyingkirkan kuman yang sentiasa melekat pada tangan.
- Amalkan kebersihan pernafasan: Apabila batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung anda. Gunakan tisu atau bahagian dalam siku anda untuk menutupnya. Ini boleh mengurangkan penyebaran titisan pernafasan yang mungkin mengandungi kuman, terutamanya bagi sesiapa yang sakit.
- Kerap mandi: Mandi boleh menyingkirkan kekotoran, peluh, minyak dan bakteria, lalu mengurangkan kemungkinan jangkitan kulit dan masalah lain.
- Utamakan keselamatan makanan: Kebersihan makanan pada setiap peringkat penyediaan makanan boleh mencegah penyakit bawaan makanan.
- Guna produk berkesan yang boleh menyahjangkit atau mencegah pertumbuhan bakteria.
Tidak dinafikan lagi bahawa kebersihan rumah/persekitaran merupakan asas kesihatan awam yang baik. Amalan-amalan ini mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit dan menggalakkan kesejahteraan secara amnya.
Semua dalam keluarga
Ramai daripada kita tinggal bersama ahli keluarga. Ini termasuklah keluarga baru, keluarga dengan remaja atau keluarga dengan bayi, remaja dan warga tua. Tak kira apa keadaannya, kita ingin memastikan keluarga kita sihat dan gembira. Oleh itu, kita perlu membuat pilihan setiap hari. Daripada sabun yang kita guna hinggalah pencuci lantai yang dibeli, kita perlu membuat beraneka macam pilihan setiap hari.
Ada pilihan-pilihan yang kelihatan mudah pada mulanya. Contohnya, lampin untuk bayi. Tapi jika difikirkan, terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih lampin. Anda perlu memikirkan tentang saiz, penyerapan, jenis, keselesaan, muatan pinggang dan kaki, hipoalergenik, kos, dll. Keputusan yang kelihatan mudah ini pun memerlukan penilaian banyak faktor.
Lihat satu lagi contoh. Anak remaja anda sedang melalui fasa tertentu. Jerawat muncul dan keyakinan dirinya pun menurun. Anda memerlukan losyen anti-jerawat atau pencuci muka, tapi anda tidak boleh mengambil apa-apa saja dari farmasi. Kini, satu lagi senarai perlu difikirkan: jenis kulit, bahan-bahan, kelembutan, konsistensi, perlindungan SPF, jenis jerawat… Ia tidak semudah yang disangka.
Gaya hidup yang melindungi
Bagi membantu kita membuat pilihan setiap hari, kita perlu menerapkan gaya hidup yang membolehkan kita melindungi keluarga dan alam sekitar. Keindahan Kirei Lifestyle Plan boleh dilihat pada falsafahnya yang menggalakkan kehidupan yang sihat dan gembira, sambil membuat pilihan yang mengambil kira kelestarian dan rasa tanggungjawab, kerana apa yang kita nikmati sekarang seharusnya boleh juga dinikmati oleh generasi masa depan – anak-anak kita dan anak-anak mereka. Ini bukan semata-mata demi diri sendiri, namun untuk kebaikan seluruh masyarakat.