Pengasuhan Positif

Cara-Cara Menggalakkan Anak Anda Makan Sayur & Buah

Garis Panduan Pemakanan Malaysia (GPPM) yang baharu telah diumumkan baru-baru ini dengan beberapa perubahan penting, antaranya: sayur dan buah kini menjadi dasar Piramid Makanan Malaysia 2020. Bagaimana ibu bapa dapat memastikan anak mereka mengambil sayur dan buah secukupnya?

Saranan pengambilan sayur & buah bagi kanak-kanak

8 cara meningkatkan pengambilan & kepelbagaian sayur/buah dalam diet anak anda

  1. Jadikan sayur/buah sebahagian daripada setiap hidangan atau snek harian
    • Sediakan 1 hidangan sayur untuk setiap hidangan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 1 hidangan buah sebagai snek (pagi, petang)
    • Sayur boleh ditambah ke bubur nasi, nasi goreng, mi/bihun sup, kari, lempeng, cucur selain menjadi lauk iringan ketika makan
  2. Pastikan sayur dan buah sentiasa tersedia sebagai snek
    • Lobak kecil, tomato ceri, pisang, epal ialah pilihan snek sihat yang bagus
    • Potong kepada saiz yang sesuai untuk kanak-kanak kecil bagi mengelakkan bahaya tercekik
  3. Cuba resepi vegetarian
    • Gantikan daging dengan cendawan, kekacang dan legum
  4. Pilih buah segar berbanding jus buah
    • Buah segar lebih kaya dengan serat dietari yang sihat dan lebih mengenyangkan
  5. Tambah sayur dan buah ke dalam makanan kegemaran mereka
    • Jika mereka suka bijirin sarapan, tambah potongan pisang ke dalamnya
  6. Jadikan makanan sihat menyeronokkan
    • Potong dan susun sayur dan buah menjadi bentuk yang comel sebagai snek
    • Ajak anak anda apabila memilih, menyedia dan memasak makanan
  7. Jadi teladan yang baik – anda sendiri harus makan lebih sayur dan buah
    • Jika ibu bapa sentiasa makan sayur dan buah, anak-anak juga akan gemar menikmatinya
  8. Makan semua jenis ramuan/produk untuk meningkatkan kepelbagaian dan supaya pilihan sentiasa menarik
    • Aneka sayur/buah berwarna-warni
    • Sayur berdaun hijau
    • Sayur berbuah
    • Sayur kekacang
    • Ulam
    • Sayur sejuk beku
    • Buah kering (tanpa gula/garam)

Berpandukan petua ini, pasti lebih mudah bagi anda untuk menggalakkan si kecil anda makan lebih sayur dan buah!

Rujukan:
https://www.stanfordchildrens.org/en/service/nutrition-services/eat-fruits-and-vegetables

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen