Pengasuhan Positif

Ais Krim Buah Naga

Bahan-bahan

(Cadangan saiz hidangan: 3)

  • 350 g buah naga merah
  • 270 g (2 cawan) yogurt
  • 50 ml (1/5 cawan) susu segar
  • 20 g (1 sudu besar) madu

Penyediaan

  1. Kupas buah naga dan kisar menjadi puri menggunakan mesin pengisar.

Cara Masak

  1. Campurkan puri buah naga dengan yogurt, susu segar dan madu.
  2. Gaul sehingga sebati dalam mangkuk.
  3. Masukkan campuran dalam acuan dan simpan di dalam penyejuk beku.
  4. Sejukkan campuran selama 4 jam kemudian keluarkan campuran dan kacau dengan garpu.
  5. Masukkan semula campuran ke dalam penyejuk beku selama 4 jam.
  6. Simpan di dalam penyejuk beku sehingga sedia untuk dimakan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 114 kcal
Karbohidrat 15.4 g
Protein 5.7 g
Lemak 3.3 g

 

Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen