Pengasuhan Positif

Bebola Ayam Mudah dan Lazat

Bahan-bahan

(Cadangan saiz hidangan: 5)

  • 500 g dada ayam
  • 25 g (1/4 cawan) serbuk roti
  • 3 g (1 sudu teh) herba Itali kering
  • 21 g (1 sudu besar) madu
  • 5 ml (1 sudu teh) minyak zaitun
  • 53 g (1 biji) telur
  • Secubit garam dan lada sulah

Penyediaan

  1. Cincang daging ayam dengan mesin pengisar.

Cara Masak

  1. Sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Masukkan ayam, telur, serbuk roti, herba Italian, madu, garam dan lada ke dalam mangkuk.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati.
  4. Ambil satu sudu besar campuran.
  5. Gunakan tangan dan bentukkan menjadi bebola.
  6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga semua campuran habis.
  7. Letakkan bebola ayam secara berasingan di dulang pembakar.
  8. Masukkan bebola ayam ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 230 ◦C selama 20 minit atau sehingga masak.
  9. Hidangkan bebola ayam di atas pinggan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 209 kcal
Karbohidrat 8.9 g
Protein 20.5 g
Lemak 10.2 g

 

Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen