Pengasuhan Positif

Tomato Sumbat

Bahan-bahan

(Cadangan saiz hidangan: 4)

  • 240 g (4 saiz besar) tomato
  • 70 g (1 cawan) cendawan butang
  • 132 g (1 tin kecil) kacang
  • 132 g (1 tin kecil) kacang kuda
  • 10 g (2 ulas) bawang putih
  • 10 g (1 keping) halia
  • 10 ml (2 sudu teh) minyak
  • Secubit garam dan lada

Penyediaan

  1. Kupas halia dengan menggunakan pengupas dan hiris sehingga nipis.
  2. Potong bawang putih dan cendawan sehingga halus.
  3. Untuk menyediakan tomato sumbat, potang 1/3 bahagian atas tomato dan buangkan benih di dalam tomato dengan menggunakan sudu.

Cara Masak

  1. Tumis bawang putih dan halia dengan minyak dalam kuali leper sehingga wangi. Kemudian, tambah cendawan, kacang dan kacang kuda.
  2. Tambah secubit garam dan lada.
  3. Masukkan cendawan, kacang dan kacang kuda ke dalam tomato dengan menggunakan sudu.
  4. Hidangkan tomato sumbat di atas pinggan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 125 kcal
Karbohidrat 16.8 g
Protein 6.0 g
Lemak 3.7 g

 

Resipi adalah sumbangan dan terjemahan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen