Pengasuhan Positif

Pizza Buah-Buahan

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 4 orang)

  • 92 g (2 keping) tortilla
  • 87 g (1 biji) kiwi
  • 116 g (1/2 biji) mangga
  • 93 g (8 biji) anggur hitam
  • 71 g (4 sudu besar) yogurt biasa
  • 20 g (1 sudu besar) madu
  • 15 ml (1 sudu besar) jus limau nipis

Cara penyediaan

  1. Kupas kulit kiwi dan hiriskan dengan nipis.
  2. Kupas kulit mangga dan hiris isinya.
  3. Potong anggur kepada dua dan keluarkan bijinya.
  4. Potong limau dan perah jusnya.

Cara memasak

  1. Letakkan tortilla pada permukaan rata dan bersih.
  2. Gunakan acuan biskut dan tekan pada tortilla untuk memotongnya mengikut bentuk.
  3. Campurkan yogurt, madu dan jus limau nipis di dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
  4. Sapu campuran yogurt pada tortilla menggunakan pisau plastik.
  5. Hiaskan pizza dengan buah-buahan dan terus hidangkannya di atas pinggan.

Nota: Bilangan pizza bergantung kepada acuan yang digunakan

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 129 kcal
Karbohidrat 228 g
Protein 5.0 g
Lemak 20 g

Resipi sumbangan dan diterjemahkan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen