Pengasuhan Positif

Nasi Goreng Sardin

Dapur merupakan satu lagi tempat pembelajaran dan penerokaan kreativiti. Anak anda dapat belajar kemahiran memasak yang sesuai dengan umurnya dan secara langsung dapat bermain dengan makanan apabila dia menghiasi dan menikmatinya selepas itu. Cuba resipi Nasi Goreng Sardin ataupun Pizza Buah-buahan yang mudah dan sihat (di bawah pengawasan anda), yang pastinya menarik pada waktu cuti sekolah ini.

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 3 orang)

  • 186 g (1 cawan) nasi perang
  • 155 g (1 tin kecil) sardin
  • 15 ml (1 sudu besar) minyak
  • 150g (1 cawan) sayur campur beku
  • 13 g (1 biji) bawang merah kecil
  • 5 g (1 ulas) bawang putih
  • 5 ml (1 sudu kecil) kicap
  • 3 keping rumpai laut kering
  • Secubit garam dan lada sulah

Cara penyediaan

  1. Basuh beras dan masak di dalam periuk nasi.
  2. Toskan sardin dan asingkan sos. Lenyek sardin dengan garpu.
  3. Cincang halus bawang merah kecil dan bawang putih.
  4. Hiris rumpai laut kering.

Cara memasak

  1. Tumis bawang merah kecil dan bawang putih di dalam kuali sehingga naik bau.
  2. Masukkan sardin ke dalam kuali dan masak selama 2 minit.
  3. Tambahkan campuran sayur beku dan masak selama 3 minit.
  4. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
  5. Tambahkan kicap dan sos sardin.
  6. Tambahkan secubit garam dan lada sulah.
  7. Teruskan gaul dan masak sehingga nasi menjadi kering dan empuk.
  8. Keluarkan nasi goreng dari kuali dan hiaskan dengan rumpai laut untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 372 kcal
Karbohidrat 56.8 g
Protein 14.7 g
Lemak 9.6 g

Resipi sumbangan dan diterjemahkan daripada “Junior Chef Cookbook, Vol 1: Let’s Play Healthy Cooking” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 35 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan Kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen