Pengasuhan Positif

Pai Pasta Bakar

 

Bahan-bahan

(Hidangan untuk 5 orang)

  • 200 g (¾ paket) pasta spiral dimasak dan ditos
  • 250 g (1 cawan) daging ayam, dicincang
  • 220 g (1 cawan) sayur campur
  • 60 g (1 cawan) bayam, dicincang
  • 250 ml (1 cawan) sos pasta
  • 120 g (1 cawan) keju Mozzarella, diparut
  • 10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
  • 30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
  • Garam secukup rasa
  • Daun oregano segar yang dicincang secukup rasa

Cara memasak

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sayuran sehingga wangi.
  2. Masukkan sos pasta dan ayam. Tumis sehingga ayam menjadi lembut. Masukkan sayur campur dan tumis sehingga hampir masak. Akhir sekali, masukkan bayam, tumis sehingga hampir masak dan masukkan pasta. Gaulkan sebati kesemua bahan. Tutupkan api.
  3. Tuangkan ½ daripada bahan tumisan tadi ke dalam bekas tahan panas dan lapiskan dengan keju mozzarella yang diparut.
  4. Letakkan bakinya di lapisan teratas dan parutan keju.
  5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200°C selama 25-30 minit atau sehingga keju menjadi cair dan menjadi keperangan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:

Kalori 371 kcal
Karbohidrat 41.2 g
Protein 23.4 g
Lemak 12.5 g

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen