Pengasuhan Positif

Sarapan Membuat Hari Anda Bertenaga: Memupuk Tabiat Bersarapan

Setelah mengetahui tentang kepentingan bersarapan, mari lihat pula bagaimana anda boleh mengamalkannya dalam gaya hidup harian anda.

Bersarapan secara tetap memberi begitu banyak faedah, tidak ada alasan mengapa anda harus melangkaunya! Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa untuk mendapat kebaikan sarapan, anda harus pastikan bahawa pilihan sarapan anda adalah berkhasiat.

Apakah yang berkhasiat untuk sarapan?

Sarapan adalah masa terbaik untuk mendapatkan bekalan serat yang kaya dalam buah, bijirin penuh seperti oat, bijirin sarapan, bijirin penuh, atau roti bijirin penuh. Sarapan yang cepat dan ringkas disediakan adalah seperti semangkuk oat dan pisang bersama susu atau anda boleh masak telur hancur untuk dimakan bersama roti bakar bijirin penuh.

Berikut adalah beberapa strategi mudah untuk membantu anda mengatasi sebarang halangan untuk mendapatkan sarapan berkhasiat.

  • Jadikan tabiat – bagi seseorang yang biasa melangkau sarapan, matlamat anda adalah untuk menjadikan sarapan sebahagian daripada rutin harian. Anda boleh lakukannya secara beransur-ansur, contohnya, bersarapan pada dua hari berturut-turut, kemudian tiga hari dan seterusnya. Matlamat akhir ialah untuk bersarapan setiap hari. Sebagai permulaan, anda boleh mula dengan buah-buahan, contohnya, sebiji pisang, epal atau sepotong betik, atau sekotak yogurt atau susu. Ambil sarapan sebelum anda keluar dari rumah dan pastikan anak anda juga lakukan perkara yang sama. Pastikan anda masukkan kumpulan makanan lain secara beransur-ansur.
  • Sediakan pada malam sebelum – membuat persediaan pada malam sebelumnya boleh membantu jika anda tidak mempunyai cukup masa pada waktu pagi. Contohnya, letakkan mangkuk dan sudu untuk oat/bijirin penuh di atas meja makan, beberapa potong buah, merebus telur, atau siapkan pengisar smoothie dan ramuan-ramuannya.
  • Baki makanan untuk sarapan – jangan terikat dengan hidangan sarapan ‘tradisi’ sahaja. Sebenarnya anda boleh memasak lebih untuk makan malam dan panaskan keesokan paginya. Cara ini juga baik untuk menjimatkan masa kerana anda hanya perlu memanaskannya dalam ketuhar mikro dan ianya siap dimakan.
  • Simpan bekalan – kerap periksa bekalan makanan untuk sarapan anda dan tambah jika perlu. Ini membantu memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai bekalan sarapan kegemaran anda yang mencukupi.

Tip-tip lain yang berguna

Tidak kira betapa sibuknya anda pada sebelah pagi, carilah masa untuk menyediakan sarapan. Berikut adalah beberapa tip untuk anda mula.

Jangan bataskan diri anda kepada cadangan di atas sahaja, terdapat banyak lagi idea sarapan yang mengkagumkan dan enak serta berkhasiat yang anda boleh nikmati. Paling penting ialah untuk menjadikan sarapan sebagai satu tabiat dan jangan melangkaunya.

Rujukan: NMM 2017 – Make Time for Breakfast

Teruskan Membaca

Sarapan Membuat Hari Anda Bertenaga: Sarapan untuk Semua

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen