Bahan-bahan
(Hidangan untuk 5 orang)
- 10 pencucuk lidi, direndam selama 2-3 minit
- 200 g (1 biji) mangga masak, dikupas kulit
- 200 g (2 biji) oren, dikupas kulit
- 200 g (2 biji besar) epal merah, dikupas kulit
- 70 g (10 biji kecil) strawberi
- 20 g (1 ½ sudu makan) marjerin
- 3 ml (½ sudu teh) jus lemon
- 80 g (½ cawan) madu
- 250 ml (1 cawan) yogurt atau ais krim vanilla
Cara menyedia
- Potong mangga, oren dan epal kepada kiub bersaiz 3 cm.
- Cucukkan buah-buahan yang sudah dipotong (mangga, oren, epal merah, strawberi) ke dalam pencucuk lidi dan letakkan di atas dulang pembakar.
- Campurkan marjerin, jus lemon, dan madu di dalam mangkuk dan gaul sehingga adunan lembut.
- Lumurkan buah-buahan dengan adunan tadi.
- Letakkan pencucuk lidi bersama buah-buahan di atas pemanas yang disapu sedikit minyak dan panaskan sehingga suam.
- Biarkan sejuk dan hidangkan bersama yogurt atau ais krim.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalorie | 187 kcal |
Karbohidrat | 32.9 g |
Protein | 4.0 g |
Lemak | 4.4 g |
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen