Pengasuhan Positif

Zika sudah menjalar ke Malaysia!

Virus Zika ialah flavivirus sama seperti:

  • Virus Demam Kuning
  • Virus Demam Denggi
  • Virus Ensefalitis Jepun
  • Virus Nil Barat

 

Penularan Virus Zika

SIMPTOM-SIMPTOM

Simptom-simpton zika

  • Tidak seperti denggi, simptom zika adalah ringan dan berlarutan selama 2-7 hari.
  • Hanya 2 daripada 8 orang akan mendapat simptom.
  • Kematian yang dikaitkan dengan Zika jarang berlaku atau tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.

DIAGNOSIS

Ujian makmal terhadap darah atau cecair tubuh yang lain, seperti air kencing, air liur atau air mani merupakan satu-satunya cara untuk mengesahkan jangkitan.

RAWATAN

  • Zika tidak memerlukan rawatan khusus dan pada masa ini tidak terdapat vaksin terhadap Zika.
  • Rawatan bagi simptom termasuk:

Rawatan Zika

IBU & ZIKA

Zika semasa hamil

  • Jangkitan virus Zika semasa hamil boleh menyebabkan mikrosefali dalam kalangan bayi. Bayi-bayi yang mengalami mikrosefali mempunyai kepala yang lebih kecil berbanding bayi normal lain yang sama umur. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan jika kita ingin memahami dengan lebih mendalam tentang Zika dan kaitannya dengan penyakit dalam manusia.
  • Wanita hamil yang disahkan menghidap Zika harus terus memantau kesihatan janinnya dengan rapi sepanjang kehamilan dibantu pakar kesihatan.
  • Tiada laporan yang mengatakan Zika boleh menjangkiti bayi melalui penyusuan susu ibu.
  • Sehingga kini, tiada kesan buruk neurologi dilaporkan dalam bayi yang dijangkiti virus Zika selepas dilahirkan.

KURANGKAN RISIKO ANDA TERHADAP JANGKITAN

Elak daripada digigit nyamuk:

Risiko terhadap Zika

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen