Bahan-bahan
(Hidangan untuk 3 orang)
- 250 ml (1 cawan) susu kacang soya
- 100 g (1 biji) pisang, dibuang kulit dan dipotong
- 100 g (1 biji) epal, dibuang biji
- 179 g (1 biji) kiwi, dikupas kulit
Cara menyedia
- Kisar kesemua bahan bersama dan hidangkan sejuk.
Tip Hidangan
- Boleh digantikan dengan buah-buahan tempatan yang lain seperti tembikai susu, tembikai dan sebagainya.
Tip Pemakanan
- Kacang soya tinggi kandungan protein, serat dan lemak tak tepu, serta kaya dengan vitamin dan mineral.
Tugas Chef Cilik
- Membuang kulit pisang, menuangkan susu soya.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalorie | 128 kcal |
Karbohidrat | 25.0 g |
Protein | 3.9 g |
Lemak | 1.4 g |
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
An educational collaboration with Nutrition Society of Malaysia.
Komen