Pengasuhan Positif

Makanan Berkhasiat untuk Kanak-Kanak yang Cerewet Makan

Kanak-kanak sering mengalami pertukaran celera semasa membesar. Makanan yang pada mulanya kegemaran mereka tiba-tiba menjadi makanan yang paling di benci dengan sekelip mata. Apabila digabungkan tengan tapa aktiviti yang meningkat dan days tumpuan yang berkurangan, maka timbullah masalah temakanan. Kerapkali, simanja akan memilih hanya makanan yang tertentu, terutama sekali yang mudah dimakan dan dihadam.

Antara makanan yang tidak disukai kanak-kanak ialah daging, kerana surah di kunyah dan hadam, dan sayur, kerana rasanya yang agak pahit. Biasanya kanak-kanak ingin akan bergergas untuk menghabiskan makanan mereka supaya boleh kembali bermain. Secara amnya, pengambilan makanan mereka adalah mencukupi untuk tumbesaran yang normal. Walaubagaimanapun, sekiranya pengambilan makanan tidak seimbang, masalah boleh berlaku.

  • karbohidrat dan protein – boleh menyebabkan kegagalan pertumbuhan yang mengakibatkan kurang peningkatan berat badan.
  • serat – boleh menyebabkan sembelit.
  • vitamin dan mineral – boleh menyebabkan masalah seperti anemia.

Kesan cerewet makan

Tabiat cerewet dan memilih makanan semasa kanak-kanak biasanya berlarutan hingga dewasa. Tambahan pula, kanak-kanak yang tidak di galakkan mengambil sayur dan buah-buahan biasanya tidak akan mengambilnya apabila dewasa. Pengambilan suplemen pemakanan bukanlah cara untuk mengatasi pemakanan yang tidak seimbang.

Mengenalpasti jika anak anda seorang yang cerewet makan

Anda mungkin akan menyedari sikap cerewet makan anak anda ketika dalam tempoh perubahan dari diberi makan menggunakan sudu ke makan dengan sendiri. Adalah penting untuk memastikan bahawa keengganan anak anda untuk makan bukan tanda bahawa dia sakit. Justeru, adalah penting untuk anak anda diperiksa oleh pakar kanak-kanak untuk mengetahui sebab sebenar mengapa mereka enggan makan.

Kanak-kanak yang cerewet makan pada asasnya boleh dibahagikan kepada empat kategori ber-dasarkan ciri-ciri mereka, khususnya:

  • Takut untuk makan – mereka menyamakan waktu makan dengan ‘penyeksaan’ dan mungkin akan menangis apabila diberi makanan atau adakalanya dengan hanya melihat sudu garfu. Mereka selalunya menentang untuk makan dengan menjerit, menangis dan menolak makanan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh:
    • peristiwa traumatik terdahulu seperti tercekik atau terjeluak
    • pengalaman lalu makan melalui tiub atau mengguna alat sokongan hayat
  • Pengambilan makanan yang terlalu memilih – kanak-kanak ini hanya memakan beberapa makanan tertentu sahaja dan enggan makan jenis makanan lain.
  • Kanak-kanak yang bertenaga dan jarang kelihatan lapar – kanak-kanak sedemikian kelihatan penuh bertenaga walaupun tidak banyak makan.
  • Tanggapan salah ibu bapa – kanak-kanak sedemikian sering dianggap makan terlalu sedikit oleh penjaga. Sejarah yang terperinci, bagaimanapun, mendedahkan sebaliknya, bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya mendapat pemakanan yang mencukupi.

Mengendalikan kanak-kanak yang cerewet makan

Berikut adalah beberapa tip tentang bagaimana untuk berusaha bersama anak anda bagi memastikan dia tidak kekurangan nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk membesar. Ini termasuk:

  • Kekal dengan satu jadual – waktu makan harus dikekalkan pada sekitar waktu yang sama, contohnya jika waktu makan tengah hari ialah pukul 12 tengah hari, maka ia harus pada waktu yang sama setiap hari. Mengekalkan waktu snek atau waktu makan pada waktu yang tetap bermakna dia akan tahu bila waktu makan seterusnya, dan juga memudahkan anda mengawasi apa/bila dia makan. Pastikan anak anda betul-betul lapar pada waktu makan, jika tidak, dia mungkin tidak mahu makan.
  • Pastikan snek adalah berkhasiat – beri makanan yang berkhasiat (dan kekalkan pada sukatan yang kecil) seperti buah (contohnya, satu atau dua hiris epal atau separuh biji pi-sang), sayur (contohnya beberapa hiris atau kiub karot atau, dua/tiga sudu makan keledek rebus/kukus), yogurt, bijirin, atau sandwic.
  • Elak memakan snek sepanjang hari – Jangan beri dia snek sepanjang hari. Ini termasuk minuman seperti susu atau jus. Jika dia kenyang dengan snek sepanjang hari atau sebelum waktu makan, ini akan menjejaskan selera makannya. Sebagai panduan am, kanak-kanak di antara 1-6 tahun harus:
    • makan tidak lebih daripada enam kali sehari (tiga hidangan utama dan dua hingga tiga snek, sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu makan).
    • minum tidak lebih daripada 2-3 gelas susu sehari. Hadkan jus buah kepada tidak lebih daripada ¾ cawan jus yang segar diperah dan elak daripada memberi anak anda jus yang dibeli di kedai, kerana ia mengandungi banyak gula. Yang terbaik ialah air kosong, tetapi anda boleh mencairkan jus sebelum memberi kepadanya.
  • Bertenang – jangan berputus asa dan terus mencuba walaupun pada mulanya dia menolak makanan baharu, terutama sayur. Ia mungkin mengambil beberapa percubaan, tetapi terus berikan dia pelbagai makanan berkhasiat seperti buah, sayur, dan juga makanan “orang dewasa”. Walau bagaimanapun, jangan memaksa dia untuk makan. Anda boleh cuba menyediakan makanan yang sama mengunakan cara memasak yang berbeza atau menggabungkannya dengan makanan lain. Pencicah adalah cara yang baik untuk menggalakkan mereka untuk makan.
  • Libatkan anak anda – Anda boleh membenarkan dia terlibat dalam memilih sayur sendiri apabila pergi membeli-belah barang runcit atau mengajak dia membantu di dapur apabila anda menyediakan hidangannya.
  • Jadikan ia seronok – kanak-kanak gemar bermain! Jadikan waktu makan pengalaman yang seronok baginya dengan:
    • menggunakan penerap biskut untuk mengubah makanannya kepada bentuk yang menarik,
    • bermain permainan “makan semua warna” semasa waktu makan,
    • berkelah untuk bertukar suasana
  • Elak memberi upah untuk makan – anda mungkin berasa bahawa memberikan anak anda ais krim sebagai ganjaran menghabiskan sayurannya sebagai satu kaedah menggalakkannya untuk makan sayuran. Tetapi, strategi ini bukan satu penyelesaian jangka panjang yang baik kerana ia menyampaikan mesej yang salah.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen