Bahan-bahan
(Hidangan untuk 6 orang)
- 500 g daging lembu, lemak dibuang dan dihiris nipis
- 60 g (6 helai) daun salad rangup
- Dikisar :
10 g (1 biji) bawang merah
20 g (4 ulas) bawang putih
3 g (1 sudu teh) lada hitam
10 g (½ inci) halia - 30 ml (2 sudu makan) kicap pekat
- 10 ml (2 sudu teh) minyak bijan
- 10 g (1 sudu besar) biji bijan, dibakar
- 30 ml (2 sudu besar) madu
- 15 ml (1 sudu makan) minyak
- 125 ml (½ cawan) air
- 2 batang daun bawang, dihiris nipis
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Potong daging lembu menjadi kepingan nipis bersaiz sederhana. Cucukkan daging tersebut dengan garpu beberapa kali sehingga lembut.
- Campurkan kepingan daging lembu dengan bahan yang telah dikisar bersama madu, kicap pekat, sedikit garam dan minyak bijan. Perap selama 1 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap bersama sosnya ke dalam kuali dan masak selama 2 minit. Tambah ½ cawan air serta kecilkan api dan reneh sehingga daging masak dan lembut. Tambahkan air lagi jika perlu.
- Masukkan daging yang telah masak ke dalam mangkuk. Taburkan dengan daun bawang dan biji bijan.
- Letakkan kira-kira 2 sudu makan campuran daging lembu ke atas setiap daun salad sederhana besar dan gulungkan.
- Hidangkan dengan segera.
Tip Pemakanan
- Daging merah merupakan sumber zat besi yang baik dan mudah diserap oleh badan berbanding zat besi daripada sumber tumbuhan.
- Pilih potongan daging lembu tanpa lemak bagi mengurangkan pengambilan lemak dalam diet.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalorie | 218 kcal |
Karbohidrat | 6.6 g |
Protein | 25.1 g |
Lemak | 10.1 g |
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Komen