Ramuan
(Hidangan untuk 5 orang)
Inti:
- 210 g (4 biji sederhana) epal hijau, dikupas, dan dibaji nipis
- 30 g (2 sudu makan) gula
- 125 ml (½ cawan) air
- 40 g (¼ cawan) kismis
Lapisan Atas:
- 40 g (3 sudu makan) gula perang
- 3 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis
- 35 g (4 sudu makan) tepung gandum
- 50 g (4 sudu makan) mentega, dipotong dadu Coklat untuk hiasan
Cara memasak
- Panaskan ketuhar kepada 180°C
- Masak epal dengan air dan gula sehingga lembut dan masukkan kismis.
- Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung gandum, mentega, dan serbuk kayu manis. Campurkan dengan sebati sehingga menadi serdak seperti serbuk roti.
- Tuang serdak ke atas epal yang sudah dimasak sehingga meliputi sepenuhnya.
- Bakar dalam ketuhar selama 30 minit, atau sehingga serdak bertukar menadi perang gelap.
- Hiaskan dengan coklat masakan dan hidang segera.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalorie | 179 kcal |
Karbohidrat | 25.0 g |
Protein | 1.1 g |
Lemak | 8.3 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada “Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen