Ramuan
(10 potongan)
- 150 g biskut kraker, dihancurkan
- 125 g (½ cawan) mentega, dicairkan
- 200 g (¾ cawan) krim keju
- 80 ml (⅓ cawan) krim putar
- 65 g (¼ cawan) gula aising
- 10 g (1 sudu makan) serbuk gelatin, dilarutkan dalam 2 sudu makan air suam
- Jus sebiji lemon
Cara memasak
- Masukkan biskut kraker ke dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan gaulkan sebati.
- Tuang sebatian ke dalam tin kek 8″ dan tekan menggunakan belakang sudu sehingga padat. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga mengeras.
- Di dalam mangkuk adunan lain, campurkan krim keju dan krim putar. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim.
- Masukkan gula aising dan jus lemon perlahan- lahan. Kacau sehingga menjadi adunan pekat and lembut.
- Tuang ke atas biskut hancur tadi dan ratakan.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beberapa jam sehingga adunan keju di bahagian atas mengeras.
Cadangan
- Biskut kraker boleh juga diganti dengan biskut mudah hadam atau biskut yang lain.
- Kurangkan kuantiti jus lemon kepada separuh jika rasanya terlalu masam.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan:
Kalorie | 230 kcal |
Karbohidrat | 17.3 g |
Protein | 3.4 g |
Lemak | 16.3 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada “Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk membeli buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen