Sebagai ibu bapa, kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Ramai ibu bapa memberi tekanan kepada anak mereka untuk berusaha keras dalam kemahiran akademik, tetapi, mempunyai latar belakang yang kuat dalam kemahiran “ilmiah” sahaja seperti menulis, matematik dan sains adalah tidak mencukupi.

Dengan saingan pasaran pekerjaan yang semakin sengit, bagaimanakah anda, sebagai ibu bapa, boleh memastikan bahawa anak anda mempunyai kelebihan berbanding orang lain? Tidak boleh dinafikan bahawa anak anda perlu menghabiskan pengajiannya, namun, kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi. Majikan kini memberi penekanan lebih kepada kemahiran “insaniah”. Justeru, aspek ini tidak boleh diabaikan dalam mengasuh anak-anak.

Apakah kemahiran insaniah?

Ia merupakan kemahiran-kemahiran yang bercirikan hubungan seseorang dengan orang lain termasuk bagaimana seseorang itu mendekati kehidupan dan kerja. Beberapa istilah lain yang anda biasa dengar termasuk ‘kemahiran interpersonal’ atau ‘kemahiran sosial’.

Di tempat kerja, anda dapat lihat kemahiran insaniah melalui sikap seseorang itu terhadap kerja dan tahap profesionalisme mereka. Tidak boleh dinafikan lagi, orang muda yang mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut mempunyai peluang tinggi untuk mencapai kecemerlangan di sekolah dan apabila keluar mencari kerja, peluang mereka untuk berjay dalam dunia orang dewasa juga adalah lebih tinggi. Sokongan yang didapati dalam suatu hubungan erat diantara remaja, keluarga mereka, kawan-kawan serta orang dewasa lain yang mengambil berat, menjadi asas dalam membentuk kemahiran insaniah yang positif.

memupuk-kemahiran-insaniah-dalam-kalangan-remaja

Baca Seterusnya

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia