Pengasuhan Positif

Memahami & Mengatasi Ekzema

Dermatitis atopi, atau ekzema atopi, ialah penyakit kulit paling lazim dalam kanak-kanak, ia mewakili 40% rujukan ke klinik Dermatologi Kanak-kanak dan menjejaskan secara puratanya 14% kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

What is atopic eczema (AE)?

‘Ekzema’ atau dermatitis bermaksud keradangan kulit manakala ‘atopi’ ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan kecenderungan mendapat masalah alergi seperti ekzema, asma, rinitis bermusim dan demam jerami – yang sering dikait dengan asas genetik seseorang.

Ekzema atopi ialah masalah kulit gatal yang kronik dan berulang, dan sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak. Ia sering kali bermula dalam lima tahun pertama kehidupan (90-95%) tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Tahap keterukannya bermula daripada ringan hingga ke teruk dan mempunyai enam ciri utama:

  • Kulit menjadi kering disebabkan kerosakan lapisan penghadang di bawah kulit
  • Kitaran gatal, garu dan radang.
  • Kemerahan kulit disebabkan keradangan. Ia menjejaskan mana-mana kawasan kulit tetapi lazimnya muncul di muka, leher, di hadapan siku dan belakang lutut.
  • Bermula pada umur kecil (lazimnya < 5 tahun) dan mengalami simptom kronik yang berulang.
  • Sejarah penyakit alergi keluarga (ekzema atopi, rinitis alergi dan asma).
  • Sensitif kepada beberapa jenis perengsa/alergen persekitaran yang bertindak sebagai pencetus rasa gatal.

Apakah punca AE?

AE disebabkan oleh interaksi dinamik yang wujud di antara faktor genetik dan persekitaran. Dalam satu keluarga di mana salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20-40%. Risikonya meningkat ke 60-80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah AE, asma dan demam rinitis.

AE disebabkan oleh interaksi dinamik yang wujud di antara faktor genetik dan persekitaran. Dalam satu keluarga di mana salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20-40%. Risikonya meningkat ke 60-80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah AE, asma dan demam rinitis.

Bagaimanakah rupa AE?

Ekzema ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan perubahan pada kulit luar, termasuk kemerahan, lepuh-lepuh kecil, berair, berkerak, bersisik, menebal dan warna kulit berubah. Ia mempunyai banyak rupayang berbeza mengikut keterukan penyakit.

AE boleh menjejaskan mana-mana bahagian kulit, termasuk muka, depan siku dan belakang lutut serta di sekeliling pergelangan tangan dan leher.

understand-eczema-and-help-your-child-through-it-1

Gambar rajah 1: ekzema akut dengan kemerahan, lepuh, hakisan dan berkerak.

Gambar rajah 2: ekzema subakut dengan kemerahan dan bersisik.

Gambar rajah 3: ekzema kronik dengan kulit yang menebal, warna kulit berubah dan permukaan bersisik.

Apa yang mencetuskan AE?

Ada “7 FAKTOR PENCETUS YANG UTAMA”

  1. Perubahan cuaca
    – kelembapan rendah di dalam rumah berhawa dingin atau keadaan di luar rumah yang panas dan lembap.
  2. Peluh masin
    – bersentuh dengan peluh bagi tempoh yang lama selepas bersenam.
  3. Bahan pencuci yang kuat
    – kerap dan lama mandi berendam air panas menggunakan pencuci yang kuat.
  4. Kandungan bakteria yang kuat pada kulit
    – terutama Staphylococcus aureus.
  5. Alergen di udara
    – debunga, hama debu rumah, bulu haiwan peliharaan, dll
  6. Beberapa jenis makanan
    – (bagi kanak-kanak kecil): telur, soya, protein susu lembu, gandum dan makanan bercengkerang.
  7. Stres
    – beberapa hormon (contohnya, kortisol) yang terhasil apabila seseorang mengalami stres atau resah boleh mencetuskan tindak balas kimia di dalam tubuh, dan membuat kulit lebih sensitif dan reaktif.

Memahami bahawa AE merupakan masalah yang melibatkan pelbagai faktor (genetic, alergen, perengsa dan kuman) boleh mengelakkan ibu bapa daripada membelanja beratus-ratus ringgit untuk menjalani pelbagai ujian alergi (yang dirumus untuk mengesan alergen sahaja dan bukan untuk mengesan kuman, perengsa atau genetic). Secara praktikalnya, hanya sebahagian (10-20%) daripada pesakit AE yang mendapat manfaat daripada ujian alergi. Dapatkan nasihat doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah AE mudah berjangkit?

Tidak, anak anda tidak boleh mendapat AE hanya dengan menyentuh atau berhubung rapat dengan seseorang yang menghidapi AE.

Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah AE anak saya?

Walaupun tidak terdapat penawar bagi AE, kebanyakan kanak-kanak (60-70%) akan pulih dengan sendiri menjelang umur 7-10 tahun tetapi bagi kanak-kanak lain (10-30%) pula ia mungkin berlarutan sepanjang hayat. Mereka masih boleh hidup secara normal dengan mengikut rawatan yang disyorkan dengan kesabaran dan membuat penyesuaian yang praktikal secara individu.

Bagaimana merawat AE?

Rawatan bagi ekzema atopi bertujuan untuk mengurangkan keradangan, melegakan gatal-gatal dan mencegahnya daripada terjadi lagi pada masa akan datang. Satu komponen penting dalam mengendalikan ekzema atopi ialah untuk menghentikan kitaran gatal – garu – radang – jangkitan.

  1. Pendekatan kombinasi:
    • Memperbaiki hidrasi kulit dengan kerap menyapu pelembap dan pencuci yang lembut
    • Pakej mandi yang optimum termasuk pelembap ideal dan pencuci lembut. Semakin kering kulit anda, lebih kerap ada harus melembapkannya. Memilih pelembap yang anda suka adalah penting, tetapi ciri-ciri yang disenaraikan di bawah juga harus dipertimbangkan:
      – Menghidrasi kulit.
      – Hipoalergenik dan tidak merengsakan
      – Mengandungi kesan anti-gatal, anti-radang dan antiseptik
      – Kos efektif
      – Nyaman digunakan
    • Mencegah keradangan – steroid dan agen tanpa steroid – tacrolimus, pimecrolimus atau bahan pelembap yang mempunyai kesan tambahan dari segi mengurangkan gatal dan radang.
    • Mencegah kegatalan – menggunakan pembalut basah, krim anti-gatal dan anti histamin oral.
    • Antibiotik dan antiseptik
    • Mengawal faktor-faktor pencetus
    • Pendidikan untuk menjelaskan salah tanggapan tentang AE.
  2. Pendekatan berasaskan keluarga dan melibatkan kedua-dua pesakit dan penjaga.
  3. Kaunseling mengenai penyakit, pencetusnya, rawatan dan prognosis jangka panjang.
  4. Memberi kuasa dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dan penjaga untuk menggunakan terapi di rumah serta-merta apabila penyakit terjadi secara akut sebelum ekzemanya menjadi teruk.

Sumbangan daripada Persatuan Pediatrik Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen