Bahan-bahan:
(hidangan untuk 6)
- 600 g (6 keping) kepingan steak salmon
- 20 g (1 sudu makan) madu
- 100 g (1 biji) lemon, diperah jusnya
- 15 ml (1 sudu makan) minyak zaitun
- 15 g (1 sudu makan) sos BBQ
- Garam secukup rasa.
- 30 ml (2 sudu makan) air
- Hiasan: Daun dill/ lemon
Method:
- Bersihkan salmon, kemudian masukkan ke dalam dulang pembakar yang dilapik dengan kertas pembakar. Kemudian sapukan dengan minyak zaitun.
- Campurkan air dengan jus lemon, garam, madu dan sos BBQ. Kacau hingga rata.
- Lumurkan campuran ke atas salmon dan salut dengan sebati.Perap selama kira-kira 1 jam.
- Bakar dalam ketuhar selama satu jam pada suhu 150°C. Keluarkan salmon dari dulang pembakar dan letakkan di atas pinggan hidangan.
- Hiaskan dengan daun dill atau lemon dan hidangkan semasa panas bersama sayuran yang telah dikukus, salad dan ubi keledek.
Tip Pemakanan
Salmon mengandungi asid lemak Omega-3, Vitamin D dan protein.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori | 171 kcal |
Karbohidrat | 2.7 g |
Protein | 21.6 g |
Lemak | 8.2 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 50 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen