Pengasuhan Positif

Makanan Sihat Untuk Usus Anak Anda

Adakah anak anda sering mengadu sakit perut? Adakah kadang kala tabiat buang air besarnya tidak teratur? Sebagai ibu bapa, anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah sistem penghadamannya berfungsi dan bagaimana untuk memperbaiki kesihatan ususnya.

Pertama sekali, anda perlu tahu fungsi sistem penghadaman: ia membantu mencerna makanan kepada tenaga dan nutrien asas untuk diedar ke setiap sel tubuh melalui aliran darah. Sistem penghadaman bermula di mulut dan berakhir di dubur. Organ-organ yang terlibat termasuk perut, usus kecil, pankreas, hati, pundi hempedu, dan usus besar. Maka, mengapakah sistem penghadaman begitu penting?

Gerbang Kesihatan yang Lebih Baik

Kesihatan sistem penghadaman anak anda amat penting bagi kesejahteraan kesihatannya. Ini adalah kerana sistem penghadaman kita berkait rapat dengan sistem endokrin, sistem imun, peredaran dan saraf pusat. Kegagalan sistem penghadaman untuk berfungsi dengan sempurna juga akan mengganggu fungsi bahagian-bahagian lain dalam tubuh.

Kesihatan usus yang tidak baik biasanya adalah akibat pilihan makanan dan tabiat makan yang tidak betul. Ini boleh menyebabkan banyak simptom gastrousus seperti sembelit, cirit birit, ketidakcernaan dan kembung.

Simptom-simptom tersebut mungkin menandakan masalah kesihatan yang lebih serius. Simptom ini sering disalahtafsir dan kesan serta kepentingannya terhadap kesihatan diambil mudah kerana simptom-simptom tersebut biasa terjadi pada kanak-kanak.

Makan Sihat, Hidup Sihat

Makanan bukan sahaja membekalkan nutrien dan tenaga, ia Makanan Sihat untuk juga penting dalam pengawalan proses fisiologi tubuh dan juga membantu meningkatkan kesihatan.

Kehebatan sistem penghadaman!

  • Saluran gastrousus kita menghasilkan sekitar dua liter air liur setiap hari.
  • Luas permukaan usus kecil hampir menyamai saiz gelanggang tenis!

Pilihan terbaik untuk anak anda adalah memastikan diet yang seimbang, sederhana dan pelbagai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis makanan khusus yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan penghadaman anak anda:

Probiotik

Probiotik merupakan bakteria hidup yang baik untuk kesihatan – namun probiotik tidak semestinya diperlukan untuk menjadi sihat. Bakteria “baik” yang sedia ada dalam tubuh anda membantu menggerakkan makanan dalam usus dan mengurangkan jumlah bakteria “berbahaya” yang boleh menimbulkan masalah.

Contoh makanan yang mengandungi bakteria probiotik termasuk sayur yang difermentasi seperti sauerkraut dan kimchi; susu asidofilus; tempe dan hasil tenusu seperti yogurt.

Masih tiada garis panduan khusus bagi jumlah probiotik yang perlu diambil setiap hari oleh seorang kanak-kanak. Namun, penyelidikan probiotik biasanya melaporkan jumlah probiotik yang mereka gunakan untuk mendapatkan kesan kesihatan khusus.

probiotics-drink

Serat diet

Serat adalah sebahagian penting daripada diet sihat yang seimbang. Serat diet membantu menjadikan pembuangan air besar normal (tidak sembelit atau cirit birit), mengurangkan paras kolesterol, mengawal paras glukosa, mengekalkan berat badan dan keseluruhan kesihatan usus.

Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan serat seperti roti mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang, semua jenis buah dan sayur, kekacang dan oat. Garis Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan serat di antara 20g hingga 30g sehari.

prebiotics

Prebiotik

Prebiotik bukan sejenis bakteria. Ia adalah karbohidrat yang tidak boleh dihadam yang dikategorikan sebagai serat diet. Prebiotik merupakan makanan kepada bakteria probiotik serta membantu pertumbuhan probiotik. Beberapa contoh sumber prebiotik termasuk pisang, bawang, daun leek, kacang soya, keledek, asparagus dan beberapa bijirin penuh (contohnya, barli, mil oat dan gandum). Tidak terdapat saranan diet bagi prebiotik. Oleh yang demikian, masukkan berapa makanan prebiotik sebagai sebahagian daripada makanan serat anak anda.

dietary-fibre

Tabiat makan secara sihat juga memberi kesan kepada kesihatan usus. Tabiat makan tidak sihat dalam tempoh yang lama seperti mengambil terlalu banyak garam, gula dan lemak, makan mengikut nafsu, makan lewat malam, makan berlebihan dll, harus dibendung.

Walau bagaimanapun, diet sihat hanyalah sebahagian daripada penyelesaiannya. Anda juga harus menggalakkan anak anda untuk begiat lebih aktif. Secara purata, kanak-kanak memerlukan 60 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana atau gabungan beberapa pusingan senaman aerobik yang lebih berat setiap hari. Rutin aktiviti fizikal boleh membantu:

  • menggalakkan pembiakan bakteria “baik” dalam usus
  • mengekalkan tabiat membuang air besar secara tetap dan mencegah sembelit
  • memperbaiki penyerapan nutrien

Bergiat lebih aktif secara fizikal juga membantu anak anda mengekalkan indeks jisim tubuh yang normal dan mengurangkan paras glukosa dan kolesterol. Ini akan mengurangkan risiko anak anda mendapat penyakit kardiovaskular, diabetes, obesiti, kanser kolon dan payudara serta pelbagai penyakit penghadaman di masa akan datang.

Pilihan gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan usus. Bantu anak anda membuat pilihan yang betul bagi kesihatan usus hari ini!

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen