Ramuan:
(12 muffin)
- 100 g (1 biji sederhana) epal hijau, dikupas dan diparut
- 70 g (½ cawan) labu, dimasak dan dilenyek menjadi puri
- 80 g (½ cawan) kismis
- 125 ml (½ cawan) susu penuh krim
- 190 g (¾ cawan) madu
- 1 biji telur, dipukul ringan
- 45 ml (3 sudu makan) minyak sayuran
- diayak bersama:
- 190 g (1 ⅓ cawan) tepung pelbagai guna
- 90 g (⅔ cawan) tepung mil penuh
- 10 g (2 sudu teh) serbuk penaik
- 2 g (½ sudu teh) serbuk soda
- 1 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis
Cara memasak:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
- Kacau bersama telur, minyak sayuran, madu dan susu di dalam mangkuk besar.
- Masukkan epal yang diparut, puri labu dan kismis ke dalam sebatian dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan campuran tepung yang ditapis perlahan-lahan ke dalam sebatian. Kacau sehingga mendapat adunan yang lembut. Jangan terlebih kacau atau mufin akan menjadi keras.
- Sapukan dulang acuan mufin dengan mentega atau masukkan bekas kertas mufin. Isikan setiap acuan dengan adunan mufin sehingga ¾ penuh.
- Bakar selama 20 minit. Mufin sedia dimakan apabila batang penguji (pencungkil gigi) dikeluarkan tanpa ada kesan.
- Hidangkan semasa suam.
Nutrient content per serving:
Kalori | 205 kcal |
Karbohidrat | 38 g |
Protein | 3 g |
Lemak | 4.6 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si KecilAnda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 60 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen