Bahan-bahan:
(30 keping)
- 250 g (2 cawan) tepung gandum, diayak
- 125 g (1/2 cawan) marjerin
- 1 biji telur
- 75 g (5 sudu makan) gula ising
- 15 g (3 sudu teh) serbuk penaik
- 160 g (1 cawan) keju Cheddar diparut halus
Cara memasak:
- Panaskan ketuhar kepada 190°C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit mentega.
- Putarkan marjerin dan gula aising sehingga lembut dan ringan. Tambah telur dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung, serbuk penaik dan keju yang diparut. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
- Canaikan doh dengan rata menjadi setebal 3 mm. Tekap menggunakan acuan jeriji bulat berdiameter 6 cm dan keluarkan. Kemudian tekap dengan acuan bulat berdiameter 2 cm di tengah-tengah pastri dan keluarkan bahagian tengah untuk membentuk cincin. Letakkan pastri cincin di atas dulang pembakar.
- Bakar selama 15 minit di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan.
- Hidang semasa panas.
Nutrient content per serving:
Kalori | 80 kcal |
Karbohidrat | 8.6 g |
Protein | 1.9 g |
Lemak | 4.2 g |
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen