Pengasuhan Positif

Begedil Daging

Bahan-bahan:

(10 keping)

  • 60 g (1/4 cawan) daging tanpa lemak, dikisar dan distim separuh masak
  • 90 g (1 biji sederhana) ubi kentang, direbus dan dihancurkan
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 batang daun bawang, dicincang
  • Minyak untuk gorengan ringan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Campurkan daging dan ubi kentang bersama. Masukkan garam, lada sulah dan daun bawang.
  2. Bentukkan kepada ketulan padat menjadi begedil.
  3. Celupkan begedil ke dalam telur yang dipukul.
  4. Masukkan begedil ke dalam kuali yang panas dengan segera dan goreng dengan api sederhana sehingga perang keemasan. Ia dapat memastikan begedil tidak hangus sebelum ia cukup masak.
  5. Letakkan begedil yang sudah masak di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
  6. Hidangkan semasa panas.

Nutrient content per serving:

Kalori 34 kcal
Karbohidrat 2.0 g
Protein 1.6 g
Lemak 2.2 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen