Pengasuhan Positif

Kari Dhal Sayuran

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 6-7 orang)

  • 100 g (1 cawan) kacang dhal, direndam semalaman dan direbus sehingga lembut
  • 60 g (1/2 cawan) lobak merah, dipotong kiub kecil
  • 86 g (1 cawan) terung, dipotong kecil
  • 50 g (1/5 biji) timun, dibelah dan dipotong kecil
  • 25 g (1 biji) tomato, dipotong kecil
  • 800 ml (3 cawan) stok sayuran buatan sendiri
  • 10 g (1 biji) bawang merah, dicincang
  • 10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
  • 10 g (1 sudu teh) serbuk kari
  • 20 g (2 sudu teh) serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 g (1 sudu teh) jintan putih
  • 20 g (2 sudu teh) biji sawi hitam
  • 7 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 2 sudu makan daun ketumbar, dihiris

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, biji sawi, serbuk cili, daun kari dan jintan putih. Tumis seketika dan kacau sentiasa supaya tidak hangus. Masukkan stok sayuran.
  2. Tambahkan kacang dhal ke dalam kuali dan didihkan sehingga kuah tersebut menjadi pekat.
  3. Masukkan lobak merah dan terung dan teruskan mendidih sehingga masak. Kemudian masukkan timun dan akhir sekali tomato.
  4. Tutup dan didihkan dalam api kecil selama 15 minit sehingga kacang dhal sudah empuk dan kuah menjadi pekat. Hidangkan bersama daun ketumbar.

Tip hidangan

Sesuai dihidangkan bersama tosai, naan, capati atau nasi.

Tip pemakanan

Dhal ialah kekacang yang merupakan sumber protein dan serat yang baik.


Kandungan Nutrien Setiap Hidangan:

Kalori 73 kcal
Karbohidrat 10.4 g
Protein 3.0 g
Lemak 2.2 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘Buku Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 recipes, sila e-mel kepada: [email protected] nutriweb.org.my

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen