Pengasuhan Positif

Susu Kocak Pisang “O”

Bahan-bahan:

(3 Hidangan)

  • 250 g (1 cawan) susu rendah lemak
  • 200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong kepada ¼ inci tebal
  • 125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar
  • 150 g (1 cawan) yogurt
  • Gula perang secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat sehingga rata.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 164 kcal
Karbohidrat 28.7 g
Protein 7.0 g
Lemak 2.4 g

An educational collaboration with Nutrition Society of Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen