Bahan-bahan:
(3 Hidangan)
- 250 g (1 cawan) susu rendah lemak
- 200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong kepada ¼ inci tebal
- 125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar
- 150 g (1 cawan) yogurt
- Gula perang secukup rasa
Cara Memasak:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat sehingga rata.
- Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori | 164 kcal |
Karbohidrat | 28.7 g |
Protein | 7.0 g |
Lemak | 2.4 g |
An educational collaboration with Nutrition Society of Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen