Bahan-bahan:
(Hidangan untuk 4 orang)
- 4 keping pembalut popia, dikukus (lebih baik gunakan yang basah)
- 200 g (2 biji) pisang, dibelah dua
- 50 g (3 sudu makan) mentega kacang
- 30 ml (2 sudu makan) madu
- 30 g (1 sudu makan) kacang tanah, ditumbuk
- 2.5 g (1 sudu teh) tepung jagung, dicampur air
Cara Memasak:
- Letakkan pisang di tengah-tengah pembalut.
- Sapukan mentega kacang di atas pisang.
- Tambahkan sedikit madu di atas mentega kacang, diikuti dengan kacang tanah yang ditumbuk.
- Gulung pembalut tersebut.
- Seterusnya sapukan tepung jagung pada penutup lipatan untuk menguatkan balutan. Simpan di dalam beg plastic dan sejuk bekukan untuk semalaman (sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan pisang benar-benar beku).
- Potong mengikut saiz disukai dan hidangkan semasa sejuk.
Young chef ’s role
Kupas kulit pisang dan potong pisang, menyalut pisang dengan mentega kacang dan menggulung kulit popia
Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan
Kalori | 261 kcal |
Karbohidrat | 35.2 |
Protein | 8.8 g |
Lemak | 9.4 g |
An educational collaboration with Nutrition Society of Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen