Pengasuhan Positif

Stok Ayam dengan Ikan Bilis

Ingredients:

(Hidangan untuk 3 orang)

  • 800 g tulang ayam
  • 80 g (1 ½ cawan) ikan bilis
  • 1 L (4 cawan) air

Method:

  1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
  2. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
  3. Didihkan 1 liter air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
  4. Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
  5. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.

chicken-with-anchovies-stock-methods


Petua

  1. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
  2. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen