Ingredients:
(Hidangan untuk 3 orang)
- 800 g tulang ayam
- 80 g (1 ½ cawan) ikan bilis
- 1 L (4 cawan) air
Method:
- Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
- Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
- Didihkan 1 liter air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
- Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
- Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.
Petua
- Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
- Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.
Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia
Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]
Komen