Pengasuhan Positif

Stew Buah-buahan

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 2 orang)

  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit,
    bijinya dan dipotong menjadi saiz sederhana
  • 250 ml (1 cawan) air

Cara Memasak:

  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  3. Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.

Cadangan:

  • Hidang bersama susu ibu.
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

Kandungan Nutrient Setiap Satu Hidangan:

Kalori 28 kcal
Karbohidrat 6.5 g
Protein 0.1 g
Lemak 0.2 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]rg.my

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen