Kanak-kanak yang mengamalkan tabiat makan yang tidak baik lebih mudah mengalami berlebihan atau kekurangan berat badan. Kini, ia semakin menjadi-jadi. Lazimnya ia berpunca daripada pengambilan tenaga yang berlebihan dan/atau kurang pengambilan mikronutrien. Walaupun tabiat makan yang tidak baik hanyalah sebahagian daripada punca masalah berat badan, ia penyumbang penting kepada risiko obesiti dan malnutrisi. Ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih buruk (misalnya penyakit jantung dan hati) terutamanya jika sesuatu tabiat itu berpanjangan sehingga dewasa.
TABIAT TIDAK BAIK
- Berlebihan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam.
- Mengambil snek yang tidak berkhasiat.
- Makan ketika tidak lapar.
- Enggan mengambil sayur atau buah-buahan.
- Makan dengan terlalu cepat.
- Cerewet dengan pemakanan (mengambil diet yang terhad).
- Makan sambil menonton TV, bermain permainan video/komputer, dll.
- Makan berlebihan & makan secara sukasuka.
- Mengambil terlalu banyak minuman tinggi kandungan gula.
- Melangkau sarapan pagi dan makan pada waktu yang tidak tetap.
TABIAT BAIK
- Kunyah makanan sekurang-kurangnya selama 10 saat sebelum menelannya.
- Bawa bekalan dari rumah untuk makan tengahari/sarapan pagi ke sekolah, termasuk juga snek berkhasiat (contoh buah-buahan, biskut biasa atau oat).
- Makan dengan perlahan. Otak mengambil masa beberapa minit untuk menyedari bahawa perut telah penuh.
- Minum segelas air atau semangkuk sup untuk mengelak daripada makan berlebihan.
- Jadualkan waktu makan anda/makan pada masa yang tetap.
- Dapatkan lebih serat (contoh bijirin penuh dan kekacang)
- Makan hidangan dalam sajian yang kecil.
- Minum lebih banyak air.
- Pelbagaikan jenis makanan pada setiap waktu makan.
- Pilih makanan yang dikukus, direneh atau dipanggang.
APA YANG Ibu Bapa Boleh Lakukan
- Jadilah model peranan yang baik, amalkan tabiat makan yang baik & sediakan makanan yang lebih sihat.
- Jangan biasakan makan di luar atau pesan makanan dari luar.
- Galakkan makan secara sihat bermula dari kecil.
- Makan bersama sebagai satu keluarga seberapa kerap yang boleh.
- Elak daripada membelanja atau menjanjikan makanan sebagai satu ganjaran.
- Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk makan sesuatu yang mereka tidak gemar, biasakan mereka dengan makanan tersebut secara perlahan-lahan.
- Banyakkan bersenam, lebihkan pergerakan, dan hidup aktif bersama-sama!
Komen