Pengasuhan Positif

Lempeng Mil Penuh dengan Stew Epal

Bahan-bahan:

(Hidangan untuk 2 – 3 orang)

  • 25 g (¼ cawan) tepung mil penuh
  • 125 g (½ cawan) tepung naik sendiri
  • 125 ml (½ cawan) susu
  • 1 biji telur
  • 5 g (1 sudu teh) mentega, dilembutkan
  • Stew Epal
  • 100 g (1 biji) epal hijau/merah
  • 125 ml (½ cawan) air
  • 7 g (1 sudu teh) gula
  • 14 g (1 sudu makan) mentega
  • Secubit serbuk kayu manis
  • 30 g (2 sudu makan) yogurt rendah lemak

Tip Pemakanan

Pilih tepung gandum mil penuh kerana produk bijirin penuh mengandungi serat, vitamin B dan mineral yang tinggi. Ia memberikan kebaikan menyeluruh bijirin penuh. Anda disarankan memasukkan bijirin penuh ke dalam separuh daripada hidangan anda setiap hari.

Cara Menyediakan

  1. Kupas buah epal, buang bijinya dan potong epal menjadi saiz kecil.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dan tuang air bersama gula. Didihkan dan masukkan epal. Renih dengan menutupnya sehingga epal tersebut lembut. Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis ke atas stew epal tersebut dan ketepikan.
  3. Ayak tepung mil penuh dan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk besar dan buat lubang di tengah-tengah sebatian tepung tersebut.
  4. Campurkan susu, mentega, telur, dan gaul ke dalam tepung serta pukul perlahan-lahan untuk membuat adunan yang lembut.
  5. Letakkan sedikit mentega ke atas kuali leper dan tuangkan adunan serta masak sehingga buih udara timbul. Terbalikkan lempeng untuk masak di bahagian sebelah lagi.
  6. Hidangkan lempeng bersama stew epal dan yogurt.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori 231 kcal
Carbohydrate 31.5 g
Karbohidrat 7.8 g
Lemak 8.2 g

Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia

Resipi sumbangan daripada ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga’ terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk mendapatkan buku resipi ini yang merangkumi lebih daripada 100 resipi, sila e-mel kepada: [email protected]

Langgani surat berita pengasuhan kami.

Komen